OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, May 23, 2011

cekodok udang ala Chepah (^^,)

dah lama kot aku tak upload resepi...tapi kali ni confirm memang takde gambar. korang bayang kan jela...hehehehe.

Bahan-bahan:

10 - 20 ekor udang hidup
3 cawan tepung gandum
setengah batang carrot (disagat)
setengah ikat daun kucai (dipotong seinci)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
daun sup dan daun bawang (dipotong kecik-kecik) 
1 biji telur
air
garam

Cara-cara:

  1. Korang campakkan tepung, udang, carrot, kucai, bawang merah, cili merah, cili hijau, daun bawang n daun sup. Gaul sebati.
  2. Campurkan garam ngan air.
  3. Pastu masukkan telor dalam adunan tepung. Pastu masukkan air garam tadi.*makesure jangan sampai MASIN*
  4. Pastu korang masakla macam korang masak cekodok biase.
Xtra:

Cili kicap ala Chepah (^^,)

Korang blend 3 biji cili merah, 5 biji cili padi, 1 ulas bawang putih, kicap, gula, garam dan air masak. siap!

Selamat Mencuba!

p/s: cik Bobot dah start cuba untuk berdiri dan cik Bebet pula masih cuba untuk bercakap dengan lebih terang.

ADIOS!