OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, May 27, 2011

cam ape je....

Assalamualaikum semua ;)


Malam tadi lepas aku tidokan Cik Bebet & Cik Bobot. Aku ngan Encik Usben bermesra-mesraan sambil melayan citer SERU hasil arahan dan skrip dari PIERRE ANDRE (sila jangan fikir lucah yea)


ingat OK la citer ni. tapi hmmmmm . . . . . Encik Pierre kita ni nak tiru cam citer omputih. citer thriller yang tak berkesudahan. hampir jadi . . . . . tapi boleh tak tukar ending dia supaya orang baik menang instead orang yang berpuaka tu menang. huh!

Tapi ada part yang boleh menyebabkan aku tahan nafas sekejap. jadi boleh la bagi setengah bintang untuk PIERRE ANDRE sebab bagi jantung aku sedikit sentap =___=

Citer ni pasal . . . .production crew tengah buat pengambaran filem seram kat satu hutan. dalam pada tengah shooting tu, dua orang crew kene rasuk. satu hilang masuk hutan dan satu lagi kene rasuk terbaik punya lah!
Paling kuang haja la kan, Director dia. Giler kau tak percaya benda-benda halus ni. Nah! hamek kene tikam ngan sabit. Sari yang sabit belakang dia. Aku dah agak dah, Director ni mesti MATI punya. Hahahahaa. Padan muka ko, celupar sangat mulut.

Paling gampang sekali citer ni, penduduk kampung dia sepasang suami isteri jek. Pergghhhh! yang klakar nye, diorang ni nak shoot citer seram tapi tak survey dan siasat tempat tu macam mana. Spital dekat ke jauh. Hampeh je. Budus giler!

Lepas adegan kejar mengejar dan bunuh membunuh ni . . . . . rupa-rupanya sepasang suami isteri tu la punya keje. Diorang yang bagi rosak kereta. diorang lah yang hantar JIN kat crew. Sebab diorang buat camtu ialah diorang nak hidupkan anak pompuan diorang yang dah kene bunuh dengan gunakan badan salah sorang dari crew yang kene rasuk. Julie.

Yang pasti semua mati! Tinggal sepasang suami isteri dan anaknya. Mereka hidup happily ever after. Ceh!

p/s: perempuan mengandung dan orang yang mengalami sakit jantung JANGAN tengok filem SERAM!

ADIOS!

No comments:

Post a Comment