OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, June 28, 2012

Venom Suria

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal buku kan? Alhamdulillah aku baru je selesai membaca novel Venom Suria hasil nukilan Mazni Aznita.

Perggghhh!. Terbaek ah novel ni. Novel ni jenis fiction thriller. Aku kan suka thriller. Tapi yang ni antara yang  okay selepas novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid. Kalau Ramlee Awang Murshid nya novel tak yah citer banyak laaaaa memang terbaek la novel thriller dia. Kat umah ada buku 9 Nyawa hasil nukilan Ramlee Awang Murshid tapi tapi tapi aku TAK BACA lagi. Hohohoho.

Bengong. Dah beli tak baca.

Aku? Nak baca kat umah. Ada la pulak masa. Huhuhuhu.

Okay, lari tajuk.

Citer Venom Suria ni menceritakan pasal satu makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk membolehkan dia berada di atas tanah. Dia hanya boleh mendapatkan badan manusia dari keturunan dia dan akan dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Di mana dia sebelum ini pernah berkahwin dan telah menuntut ilmu salah dan dia telah dikenakan sumpahan. Dalam pada itu untuk memanjangkan nyawanya dia memerlukan darah manusia.

Terbaek. Dah macam Vampire pun ada nih!.

Aku baca kat opis pun jadi seram sejuk. Kalau baca waktu malam, mau aku tak pergi dapo umah aku. Seram kot!. Tegak-tegak bulu tengkuk aku masa baca buku ni kat opis.

Sila beli-

Ending?

Memang tak arr aku nak citer. Korang pergi beli kat MPH ke, Popular ke, Pustaka Mukmin ke, tak pun kat Minerva ke. Kalau malas nak jalan kaki. Korang leh order ngan aku. Hehehehe. Cam tak biasa. Membeli belah kat online.

woooo.... Aku tau korang kalau bab-bab beli buku MALAS kan? Ce kalau shopping baju ke, seluar ke, kasut ke etc. Laju je bukak Maybank 2U ngan CimbClicks tu kan. Terus bayar. Kan? Kan?

Okaylah ni Kulit novel Venom Suria.



Buku ni berharga RM 25.90

Mai beli. Mai beli. Mai beli.

Dear Kak Mar,

Sila tukar spec baru yea. Dengan tambah power skali takpun barangkali kene kurangkan power kot!. Masterchef tu boley la. Kalau Kak Mar nak tengok, Kak Mar leh tengok kat You Tube. Taip je Masterchef Selebriti.

2 comments:

  1. if u like thrilled novel or action i suggest to u to try imaen book. he is good.

    ReplyDelete