OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 15, 2012

Chocolate Bread Pudding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi resipi Chocolate Bread Pudding. Kenapa chocolate? Inilah akibat nya pabila Fresh Milk kehabisan dirumah. Yang tinggal hanya lah susu cekelat Abah aku. Hahahaha.

Abah! akak dah habeskan susu coklat.

Orang dalam umah ni suka makan Bread Pudding begitu saje. Tak payah buat sos-sos ni. Leceh. Bukan diorang reti pon.

Bahan-bahan:

6 keping roti putih
6 keping roti gandum
2 cawan susu coklat/ putih
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telor
2 sudu besar mentega
kismis
sedikit serbuk kayu manis

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 darjah celcius.

2. Cairkan mentega. Masukkan semua bahan kecuali kismis ke dalam food processor. Kalau takde food processor guna  blender pun  boley la...

3. Dah lumat semua. Korang amek lagi 3 keping roti, letak kat dalam loyang pastu tuangkan mentega cair dan taburkan kismis. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.

4. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Siap!

Ini hasilnya....


Makan masa panas-panas pun sedap. Perrrggghhh!

Selamat Mencuba!