OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 22, 2012

Apa Guna?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat. Semoga hari sangat-sangat ceria dan tenang setenang air di kali. Wah! peribahasa ko nyah!.

Poyo-

Giler sakit kepala semalam. Dah la pulak si Fathull banje makan Dominos. Bau Dominos pun dah cukup buat aku rasa mual giler. Maka, Dominos aku letak tepi. Makan nasi putih saje. Makan active fast (mekasih panadol). Tido.

Kul 10 camtu aku bangun sebab nak tengok citer Waris. Aku kan suka tengok citer hantu tapi takdelah semua citer hantu aku tengok. Bukan peminat tegar yea. Bangun. Sambung makan pizza. Yeah! Segala rasa mual dah hilang. Aku bantai makan 3 keping piza je. Sebab aku boley je makan lagi banyak tapi sebab rasa mual tu masih ada lagi. Tiga keping suda.

Okay, berbalik kepada topic atas. Aku nak kongsi Tazkirah sket sempena hari Jumaat yang mulia ini. Aku suka share ilmu ni, sekurang-kurangnya aku dapat lah jugak sedikit saham untuk akhirat nanti. InsyaAllah.

Apa Guna Jadi Lelaki Handsome . . . Kalau ang baca Al-Quran pun merangkak-rangkak.


Apa Guna Jadi Perempuan Cantik . . . Kalau pukul 12 tengahari pun ang tak bangun lagi.


Apa Guna Umur Besar Panjang . . . Kalau asas Fardhu Ain ang lintang pukang.


Apa Guna Allah Bagi Hidayah . . . Kalau nak Solat pun ang rasa payah.


Apa Guna jadi Manusia . . . Kalau umo yang Allah bagi kat ang, ang sia-sia kan.


Apa Guna jadi Perempuan Comey . . . Kalau segala aurat semua ang tak tutup.


Aku rasa macam-macam lagi APA GUNA.

Tapi ang pandai-pandai lah pikior sendiri. Aku nak sambung keje sat.

Sat gi kalau aku ada idea nak taip cerita ceriti ke. Gosip ke. Aku buat entri. Okay. Chau Chin Chau.

Wassalam.

p/s: Hope he will give us positive response today. Pray for him. Aku berserah kepada Mu, Ya Allah.