OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, June 26, 2012

Menang!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tengok tak Masterchef semalam? Aku dapat tengok. Tahlil habes awal. Dapatla tengok Masterchef sambil menjamu selera. Sedap woh lauk semalam. Sponsorship dari Pak Long Yen. Terbaek dari ladang!

Terima kasih kepada yang hadir semalam. Walaupun tak ramai tapi alhamdulillah selesai tahlil untuk arwah Abib, Mak, Mak Tok dengan Ami Zin. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semalam dalam Masterchef ada twist. Sampai je kat Cocoa Boutique. Farouk Hussein kene tukar apron dengan Datuk Fazley. Walaupun Datuk Fazley cam tak rela ditukarkan, tapi memandangkan dia Pakar Motivasi maka dia HARUS bersikap positif yaw!.

Si Farouk pulak punyalah gembira hati sebab dapat dari Double A. Bahahaha. Memang lawak giler time ni. Punyalah suka hati si Farouk. Tapi dia tak tau ada sesuatu di dalam kumpulan dia yang akan semua orang cam stress. Hahahaha. Saper lagi Juliza Adlizan la. Dia strict dowh!. Fokus dia nak menang je bukan enjoy. Hahahaha.

Diorang ditugaskan untuk cipta dan buat chocolate truffles. Terbaek!. Group Merah menang yaw!. Saper group merah? Datuk Fazley, Double A, Tomok dengan Angah RL. Diorang buat chocolate tu dengan sangat-sangat tenang dan happy. Buat manisan memang la kene happy. Kalau tak happy tak jadi chocolate sayang.

Makanya, terselamat la si budak Tomok itew. Gedik je. Malam ni kita jumpa di penyingkiran ye wahai Soo Wincci, Farouk Hussein, Jehan Miskin dengan Juliza Adlizan. Hohohoho.

All The Best untuk korang!.



Bahahahaha!.