OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 15, 2012

Bubur Lambok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah sarapan aku pagi tadi. Tapi macam ada yang kurang. Aku tak begitu pasti apakah yang kurang. Hmmmm. Mungkin aku perlu mencuba sekali lagi di masa akan datang.

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras (dicuci)
4 cawan air
Daging
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil rempah kurma
1/2 kotak santan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Cuci beras. Ketepikan.

2. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian blend jintan putih, jintan manis, lada hitam, lada putih dan ketumbar.

3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. Kemudian masukkan bawang-bawang yang telah diblend. Dah naik bau, masukkan rempah kurma dan jintan yang telah dikisar.

4. Dah naik bau, masukkan daging. Masak daging sebentar. Kemudian masukkan beras. Goreng seketika. Masukkan air.

5. Setelah beras dah jadi bubur. Baru masukkan santan, garam dan gula. Biarkan mendidih seketika. Padam api.

Siap!

Selamat mencuba!

Inilah hasilnya...


Encik Usben kata okay tapi macam ada yang kureng. Apa yang kurang erk? Hmmm. Tapi dia kata kalu makan dengan serunding sedap. Nasib baiklah dalam umah memang ada serunding. Huhuhuu.

Kene tengok balik resepi bubur lambok yang betol. Hmmmm.

Ini dah bukan bubur lambok tapi bubur lambak. Hahahahha.