OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 8, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah Ketika Haji Wada'

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini. Aku nak share satu lagi tazkirah buat korang semua. Semoga ilmu ini dapatlah kita kongsi-kongsi, sharing-sharing, liking-liking, tagging-tagging kat sumer orang. InsyaAllah.

If korang nak copy and paste kat belog korang pun dipersilakan. Ilmu kan. Tak baik kedekut. Alrite?

Pada tanggal lapan Zulhijah, Rasulullah s.a.w berangkat ke Arafah melalui Mina dan tinggal di Mina sehingga terbitnya matahari pada sembilan Zulhijah. Dengan menaiki unta, Baginda berangkat ke Arafah. Pada hari Arafah, Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah umum di tengah-tengah kaum Muslimin yang sedang berkumpul untuk wuquf di Arafah.

"Wahai manusia, dengarkanlah apa yang hendakku katakan ini. Mungkin inilah tahun terakhirku dan tidak akan berjumpa dengan kalian semua disini untuk selama-lamanya. Hai manusia, sesungguhnya darah dan harta benda kamu adalah suci bagi kamu (tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun) seperti hari dan bulan yang suci di negeri kamu ini. Ketahuilah segala bentuk kelakuan dan tindakan bebas orang Jahiliah tidak boleh berlaku lagi. Tindakan menuntut bela atas kematian seseorang sebagaimana yang berlaku di masa Jahiliah juga tidak boleh berlaku lagi. Tindakan pembalasan Jahiliah yang ku maksudkan ialah tindakan pembalasan di atas kematian Ibnu Rabi'ah bin Al-Hariths. Riba Jahiliah tidak boleh berlaku di dalam Islam dan riba yang ku maksudkan tidak berlaku ialah riba seperti riba Abbas bin Abdul Mutalib iaitu menurut bunga yang dihutang oleh orang-orang yang berhutang. Sesungguhnya segala jenis riba tidak boleh berlaku lagi."

"Hai manusia, di negeri kamu ini syaitan sudah putus asa sama sekali untuk dapat disembah lagi. Akan tetapi dia masih menginginkan selain dari itu. Dia akan merasa puas bila kamu melakukan perbuatan yang serendah-rendah perbuatan (maksiat). Kerana itu hendaklah kamu sentiasa berhati-hati dan jaga baik-baik agama kamu!."

"Hai manusia, sesungguhnya menangguhkan berlakunya bulan suci akan menambah besar kekufuran. Dengan itulah, orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang sama mereka melanggar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah."

"Sesungguhnya zaman berganti zaman, seperti berlakunya masa Allah menciptakan langit dan bumi, Setahun mempunyai dua belas bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci iaitu tiga bulan berturut-turut Zulkaedah, Muharam dan Rejab."

"Takutlah Allah dalam memperlakukan wanita kerana kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu dengan nama Allah. Sesungguhnya kamu mempunyai hak keatas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu jua. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memberi masuk sesiapa pun orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu. Jika mereka melakukan kesalahan, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan hak mereka ke atas kamu ialah seharusnya mereka diberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengans sebaik-baiknya."

"Maka perhatikanlah apa yang kukatakan ini, wahai manusia sesungguhnya aku telah sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah NabiNya. Wahai manusia, dengarkanlah dan taatilah sekalipun kamu diperintah atau disuruh seorang hamba sahaya dari Habsyah yang berhidung pesek, selama mana ia menjalankan perintah kitabullah kepada kamu."

"Berbuat baiklah kamu kepada hamba-hamba kamu. Berilah mereka makanan apa yang kamu makan dan berilah pakaian dari pakaian yang sama dengan apa yang kamu pakai. Jika mereka melakukan kesalahan yang tidak boleh kamu maafkan, maka juallah hamba-hamba Allah itu dan janganlah kamu menyeksa mereka. Wahai manusia, dengarkanlah apa yang ku katakan dan perhatikanlah! Kamu tahu bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang dan semua kaum Muslimin adalah bersaudara. Seseorang pun tidak dibenarkan mengambil hak dari saudaranya kecuali yang telah diberikan kepadanya dengan senang hati, kerana itu janganlah kamu menzalimi diri sendiri."

"Ya Allah! Adakah sudah ku sampaikan? Kamu akan menemui Allah, maka janganlah kamu kembali sesudahku menjadi sesat, sebahagian kamu memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah orang-orang hadir pada hari ini menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, mungkin sebahagian mereka menerima khabar lebih memahami daripada orang yang mendengar. Kamu akan ditanya mengenai aku, maka apakah yang akan kamu hendak jawabkan?"

"Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, telah menunaikan amanah dan memberi nasihat." Kemudian seraya menunjukkan ke arah langit dengan jari telunjuknya.

Nabi bersabda ....

"Ya Allah, saksikanlah."

"Bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."

Semoga dengan perkongsian khutbah Rasulullah s.a.w ini dapat menambahkan lagi ilmu kita semua. InsyaAllah.