OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, June 25, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Alhamdulillah Allah memberikan aku peluang untuk mencium dahi dan pipi Abibku (datuk) buat kali terakhir. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah, pengkebumian beliau dapat dilakukan semalam jam 11 pagi dan jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang.

Semoga roh Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Alhamdulillah, beliau menderita sakit hanya seketika. Abahku mandikan beliau di Hospital bersama-sama dengan petugas di Hospital. 

Beliau meninggal kan kami pada 24 June 2012 jam 3.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Begitu juga arwah Mak (nenek) meninggalkan kami. Pada 24 June 1995 jam 3.45 pagi di Hopsital Kuala Lumpur. Allah Maha Besar. Maha Suci Allah.

Alhamdulillah, mereka dikuburkan di kawasan Tanah Kubur yang sama. Semoga mereka dapat berjumpa di syurga nanti. Amin.

Rindunya aku pada mereka. Al-fatihah.

Handsome betul Abib semalam. Itu sahaja kenangan terakhir untuk aku ingati sampai mati. Semoga ingatan dan kenangan aku bersama Abib tak luput dari ingatan aku.

Buat Mama sekeluarga,

Tabahkahlah hati. Sentiasa berdoa pada Allah supaya rohnya aman damai disana. Redhai pemergian Abib. Usah tangisi pemergiannya. Berdoa pada Allah.

Buat Abah,

Tabahkanlah hati. Akak tau abah hiba, sedih dan sayu. Usah ditangisi lagi. Usai solat berdoa untuknya. Sedekah kan Al-Fatihah buatnya.

Al-Fatihah buat Abib dan Mak. Semoga kalian tenang dan damai di alam sana. Ya, Allah Kau jauhilah mereka dari azab kubur dan api neraka. Kau tempatkan lah mereka di Syurga Mu. Amin.

p/s: sayu, sedih, hiba, rindu.

No comments:

Post a Comment