OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, June 26, 2012

Gingerbread French Toast

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak kongsi resipi lagi!. Rajin pulak aku update resipi arini. Hohohoho.

Bahan-bahan:

Gingerbread cookie cutter
3-4 keping roti putih atau roti gandum
1 biji telur
1/2 cawan susu
sedikit garam
sedikit gula
sedikit lada sulah

Cara-cara:

1. Bentukkan roti menggunakan gingerbread cookie cutter (aku baru je beli last week-hahahaha). Ketepikan.

2. Campurkan telor, garam, gula dan lada sulah.

3. Celopkan roti ke dalam susu. Kemudian celopkan dalam telor.

4. Masakkan di atas non stick pan. Letakkan sedikit mentega.

Dah siap!.

Mudahkan.

Tak sampai 10 minit pun. Hehehehhe.

Inilah hasilnya.



Kalau dapat cicah dengan sambal sardin tak pun sambal ikan bilis. Sedapnya! Fuh-

Terbayang-bayang suda. Okay, stop. Arini posa takleh bayangkan makanan. Huhuhuhu.

Wassalam.

Selamat Mencuba!