OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, April 4, 2012

Black Pepper Fried Rice with Popcorn Chicken

Assalamualaikum, semua ;)


Entri seterusnya dan resipi seterusnya.

Nama resipi nak glamer saje. Padahal Nasi Goreng Lada Hitam dengan Ayam Popcorn jek. Hahahaha.

=___=

Resipi ni akan tercipta di kala sang Usben takmo makan nasi putih dan pada hari tersebut tiada lauk yang boleh diterima oleh tekak beliau. Wah! memilih yea. Yup!

*silajanganmarahsayeencikusben*

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi
1/2 ulas bawang besar (dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci lobak merah (dihirs nipis)
1 genggam popcorn chicken (ayamas)
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
1 biji telor
garam

Cara-cara:

Perkara yang pertama sekali korang kene buat ialah, sila goreng Popcorn Chicken tu dulu yea. Sambil nak tunggu si popcorn tu masak, korang boleh mendadukan bawang besar. Mencincang halus bawang putih. Menghiris nipis-nipis lobak merah.

*kalau korang nak tambah sayur lain pun boleh.tapi sebab malam tadi dalam umah aku ada lobak je, maka aku letak lobak je*

Dah masak kot si popcorn chicken tu. Angkat, toskan minyak. Ketepikan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan segala sayur mayur. Bawang da layu sket, masukkan telor. Dengan pantas kacau macam nak buat scramble egg. Kemudian masukkan nasi dan popcorn chicken cap Ayamas.

Akhir sekali, masukkan sos lada hitam, lada hitam yang ditumbuk dan garam. Kacau sebati.

Oh, ya! Kalau korang takmo pakai popcorn chicken cap Ayamas pun boleh. Korang leh guna ayam segar barangkali. atau daging. nak tukar letak ikan bilis pun boleh. Ikutlah kreativiti korang!.

Dah siap!.

Inilah hasil yang telah dikongsi si tiga beranak tu semalam . . . haih!

=___=



Simple as 1,2,3!

Selamat Mencuba!