OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, April 4, 2012

Kentang Berempah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Rasa macam dah lama aku tak kongsi resipi kat belog kesayangan aku neyh. So, dengan baik hatinya arini aku nak update resipi.

*sila tepok tangan*

^___0

Bahan-bahan:

2 biji kentang didadu (dalam satu inci)
1 biji bawang merah
1 sudu teh udang kering
1/2 sudu lada hitam
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
garam

Cara-cara:

Pertama sekali, korang kene rebus ubi kentang tu sampai empuk. Tapi jangan terlalu lembut plak. Kang nak masak jadi mash potato pulak. Masa rebus tu letak garam sikit.

Sementara kentang direbus, korang sila blend bawang merah, udang kering, lada hitam, jintan manis, jintan putih, dan ketumbar.

Kentang dah empuk nampaknya, toskan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan kentang. Kacau dengan berhati-hati kalau tak, kentang tu jadi mash potato! Tambahkan sedikit gula.

*aku lebih suka menggunakan gula instead of using ajinomoto atau bahan perasa yang lain.

Bila da sebati, cuba rasa . . . ada rasa masin tak? Tak cukup masin sila tambah garam. Kalau nak pedas lagi, sila tambah lada hitam. Okey?

Dah siap!.

Ini hasilnya . . . (orang lain suka letak gambo dulu, aku suka letak gambar last!.)



Selamat Mencuba!


p/s: Cik Nursakinah sangat suka makan ini. Beliau boleh ratah begitu saje!

No comments:

Post a Comment