OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 6, 2012

Ikan Goreng Masak Asam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria dan Salam Jumaat!. Mau tak ceria, arini kan ari Jumaat. Sok da Sabtu. Pe lagi holiday la!. Ada yang pegi Krabi. Ada yang lepak umah means family quality time macam aku. Macam-macam aktiviti dapat dibuat di hujung minggu. Yeah!

Arini nak kongsi resipi omak den!. Apalah opis belakang ni kelentung kelentang!. Renovation agaknya.

Bahan-bahan:

1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecik halba campur
3 biji cili padi
1/2 biji cili merah
air asam jawa
garam
gula
2 ekor ikan kembung (sukati korang la nak guna ikan apa pun)

Cara-cara:

HARUS! goreng ikan dulu.

Sementara nak tunggu ikan tu masak dan garing. Sila hiris nipis-nipis segala bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Sediakan air asam jawa (sila jangan guna banyak, kang terlebey masam pulak lauk korang)

Ikan da masak, ketepikan. Guna minyak yang sama, tapi kurangkan minyak tersebut. Tumis bahan-bahan yang korang dah hiris tadi dengan halba campur tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan ikan. Gaul sebati.

Masukkan air asam jawa tadi. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula. Kalau korang nak kuah banyak, korang tambah le air.

Da siap. Jangan lupa tutup api!

Inilah hasilnya . . .



Ada perasan tak ikan pari dalam tu? Hahahaha . . . umi aku memang suka campur-campur ikan. Hari tu Umi aku masak kari campur-campur ikan. Terbaik. Ko boleh pilih ikan apa yang ko nak!

Okey, bye!.