OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, December 13, 2011

Whipped Potato

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini aku nak kongsi resipi kentang putar!. Rasa macam KFC nye whipped potato. Aku buat ni pun sebab Encik Usben request. Kalau tak request tak kose aku nak buat nye. Jom kita lihat bahan-bahan nya.

Bahan-bahan untuk base kentang:

6 biji Kentang
200 ml Fresh Milk
Garam
Lada Hitam

Korang kupas kulit kentang tu. Lepas dah kupas kulit ketang tu, sila potong kentang tu jadi lapan, dan rebus. Letak garam sedikit yea. Masak sampai betul-betul empuk. Kalau tak empuk camner korang nak hempuk kentang korang tu jadi lecek. Biler kentang dah empuk. Korang lecek le kentang tu.

Lepas tu korang masukkan susu. Kacau sampai sebati. Rasa dulu samada nak tambah garam atau tak. Sebab kita kan da rebus dengan garam tadi. Kalau dah cukup masin, tambahkan sedikit je lada hitam.

Siap. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk sos kentang:

650ml air
1 kiub Stok Ayam
1 biji Bawang Besar
1 Batang Saderi
40 gm mentega
20 gm tepong gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Lada Hitam
Garam
*Kicap Pekat

Mula-mula korang potong bawang dan saderi. Bawang didadukan. Lepas tu korang masak bawang, saderi, air dan kuib ayam. Masak dalam 10 - 15 minit. Lepas tu tapis.

Sementara tu, korang cairkan mentega. Bila mentega cair, perlahan-lahan masukkan tepong gandum. Kacau atas api kecil. Kacau sebati. Hati-hati sebab tepung senang hangus. Nanti pahit pulak sos korang!. Biler dah sebati, korang masukkan air rebusan tadi. Kacau sampai tak bergentel yea.

Kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan lada hitam. Jika warna kurang gelap, korang titiskan 2-3 titik kicap pekat.

Siap.

Korang boleh curahkan sos ke atas kentang lecek tadi. Nyum. Nyum.

Inilah hasilnya . . .



p/s: Lapar la pulak . . .


ADIOS!

No comments:

Post a Comment