OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, December 17, 2011

Kisah Dua Pemuda

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Sila baca tajuk macam Doraemon cakap tajuk dia . . . Hahahaha. Cerita kali ni bukan pasal Doraemon. Tapi tentang dua pemuda. Aku tak nak namakan kedua-dua pemuda ni sebab aku dah lupa nama diorang. Jadi korang faham sendiri la yea. Hehehehe . . .

Pada suatu zaman dahulu, tinggal lah dua orang pemuda di dalam satu rumah. Rumah kecil namun selesa. Seorang pemuda ini sangatlah zuhud dan sentiasa beriman kepada Allah s.w.t. Dan seorang pemuda lagi sangatlah tidak beriman dan suka berfoya-foya.

Si pemuda zuhud ni tiap-tiap hari beribadat dan mulutnya tak berhenti berzikir dan menyebut nama Allah. namun, pemuda yang lagi seorang ni teramatlah suka berfoya sana sini. Minum arak. Mabuk. Kaki pompuan. Suka tinggal solat. Semoga dia terbuka hati untuk beriman kepada Allah.

Pada suatu hari, Syaitan telah membisikkan sesuatu kedalam hati pemuda zuhud.

Syaitan : Apa kata kau pergi bersuka ria. Kau kan dah lama beribadat. Mesti cukup dah amalan kau. Kau pergilah bersuka ria. Lepas tu kau bertaubatlah.

Pemuda : Ya tak ya jugakkan.

Sementara itu, pemuda yang suka berfoya-foya pulak menerima satu sentuhan. Yakni, hatinya berkata-kata mahu bertaubat. Dia ingin berubah. Dia merasakan dirinya sudah terlalu jauh dari Allah.

Maka, si pemuda zuhud pun turun dari tangga hendak pergi berfoya-foya dan pemuda yang lagi satu ingin bertaubat. Namun, sudah ajal mereka barangkali. Bertembung di tangga lalu terhantuk dan meninggal dunia. Kelihatan ada sinar di muka pemuda yang ingin bertaubat. Dan pemuda zuhud tadi hilang cahaya keimanan.

Semuanya dia bawah perbendaharaan Allah s.w.t.

p/s: taubat ye bukan tobat. kalau dok sebut tobat. memang tak bertaubat . . . heheheh


Wassalam.