OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, December 15, 2011

Honey Roasted Chicken

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku dah hampir-hampir lupa nak kongsi resipi terbaru.Hahahaah . . . Maaf yea! Aritu aku buat Roasted Chicken with Lemon kan? Kali ni aku buat Honey Roasted Chicken pulak.

Bahan-bahan untuk ayam.

Bahan A:
1 ekor ayam
1/2 cawan madu
1/4 sudu serbuk kayu manis
1/4 sudu serbuk kunyit (*xmo letak pun takpe)
50 gm mentega cair
garam
serbuk lada hitam

Bahan B:
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 helai daun bay kering
1/2 sudu kecil lada putih (biji)
1/2 sudu kecil lada hitam (biji)


Bahan C:
1 batang lobak merah
2 batang daun saderi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak atau olive oil
1 sudu kecil herba campuran
2 helai daun bay kering
1/2 cawan air
garam
serbuk lada hitam

Cara-cara nak bikin Honey Roasted Chicken:

Sebelum korang start keje . . . korang panaskan oven 200 darjah celcius.

Apa-apahal pun beli ayam dan bersihkan ayam sebersih-bersihnya. Kemudian, korang masukkan Bahan B kat dalam perut ayam tu. Lepas tu korang campurkan semua Bahan A. Kacau sampai sebati. Dah sebati, korang lumur le kat ayam tu tapi jangan semua, tinggalkan separuh.

Sementara korang perapkan ayam tu. Korang potong lobak merah dalam bentuk dadu. Pastu hiris daun saderi. Tapi jangan hiris nipis-nipis. Hirislah dalak 1/2 inci ke. Bawang besae pulak potong lapan. bawang putih tu korang ketuk-ketuk je. Dah settle keje memotong dan mengetuk. Korang lumurkan sayur mayur tu dengan minyak, herba, garam dan lada hitam. Dah lumur?

Korang letak la sayur tu dalam tin pembakar. Tuang air dan campakkan daun bay. Lepas tu amek ayam yang diperap tadi dan bakar. Kene bakar ayam ni dua jam tau. Setiap 30 minit korang kene sapu baki Bahan A kat ayam. Lepas sejam terbalikkan ayam yang atas pegi bawah dan bawah pegi atas. Supaya dua-dua bahagian garing.

Memang cara kali ni agak leceh tapi hasilnya memberangsangkan. Wah, ayat! Skema! Hahahaha . . . Tapi kalau nak lagi sedap, ayam tu perap semalaman.

Lepas dua jam, kuarkan dari oven dan tutup ayam tu dengan aluminium foil dalam lima minit. Bagi dia rehat jap. Pastu leh hidang. Korang leh makan ayam ni dengan Sos Nandos. Takpun makan dengan Nasi Minyak atau Nasi Ayam ke.

Inilah hasilnye!

Aku lupa nak potong leher ayam tu . . . kan da terkulai layu di tasik madu . . . Hahahaha!

p/s: mode rasa cam nak campak tepon kat dinding!

ADIOS!