OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, December 13, 2011

Kan dah jadi Monyet!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku nak cerita tentang suatu cerita yang dikisahkan oleh arwah Mak Tok aku. Rindu pulak pada dia. Al-Fatihah.

Cerita yang arwah selalu ceritakan pabila tiba Hari Jumaat. Adalah satu pemuda ni. Pemuda ni sangat suka memancing. Tiba pada hari Jumaat, emak pemuda ni dah berpesan jangan lupa pegi solat Jumaat, tak perlu pergi memancing. Pemuda itu cuma mengiyakan saje. Ntah pegi ntah tidak.

Tapi disebabkan pemuda ini sangat degil. Dia tak mendengar apa yang dipesan oleh emaknya. Dia pegi jugak memancing. Kata dah suka sangat. Pegilah. Degil punya budak.

Orang yang lalu lalang kat sungai, semua ajak pemuda ni pergi solat. Tapi jawapan beliau . . .

"pergilah dulu, nanti aku sampai"

Tak lama lepas tu . . . dia rasa cam gatal-gatal punggung dia. Dia pun garu. Baik punya garu, tiba-tiba terkeluar ekor. Dan satu badan beliau sudah dipenuhi bulu-bulu. Seperti monyet layaknya. Tinggallah beliau dalam hutan. Huhuhuhu . . . padan muke!




p/s: sila dengar cakap mak dan patuh perintah Allah.


ADIOS!