OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 30, 2011

KL Bird Park

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Korang pernah pergi KL Bird Park? atau korang dah lama sangat tak pergi sana? Aku dah lama tak pergi sana. Jadi memandangkan dah ber'hand bag' dua ni, aku pun bawakla bebudak ni pegi tengok ah-bird. Si kakak excited yang light light. Adik tak berapa nak excited sebab beliau dikehendaki duduk kat dalam stroller. Hahahaha . . .

Aku pergi KL Bird Park ni hari Isnin. Ingatkan tak ramai orang kat KL Bird Park ni. Ramai jugak. Banyak pelancong dengan chinese. Malay? ada la tapi tak seramai mereka. Hmmmm . . . kenapa yea?

Camne nak pegi KL Bird Park? Ni aku letak map untuk pergi sana . . .


Pastu admission fee pulak murah saje . . .

Dewasa (ada mykad)  : RM 20.00 kalau ada JCard RM 15.00

Children (ada mykid)  : RM 10.00

Children 3 years below FREE!.

Besar okay tempat dia. Panjat bukit, turun bukit, naik tangga, turun tangga. Terpijak bird poo. Kejar bird sket. Amek gambar sket. Duduk-duduk sket. Sangat luas!

Ni aku letak skali park map . . .


Ada 200 species burung kat sini. Ada burung yang bebas. Ada burung yang dalam sangkar. Memang Bird Park betolla, sebab kiri kanan atas bawah semua burung. Cuma aku tak perasan pulak Angry Bird. Hahahaha . . .

Masa aku pegi tu pagi jadi tak panas sangat cuaca. Lagipun hari cam sedikit gerimis. Tapi tak rasa hujan sebab manusia yang masuk Bird Park tu pun macam duduk dalam sarang or sangkar. Tak kene pun gerimis. Hehehehe.

Inilah hasil tangkapan aku masa aku pergi KL Bird Park . . . moh layan gambar aku pulak . . .











Banyak sangat la gambar . . . nanti aku soh Encik Usben upload kat dalam FB dia . . . saper jadi friends dia, dapatle nengok gambo . . . Hahahaha

p/s: KL pun tak habes round lagi ngan budak-budak ni . . .


ADIOS!