OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, December 1, 2011

Sakit Jantung

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aritu aku ada kata nak bagi info pasal sakit jantung kan? Aku dah hampir lupa sebenarnya. Jadi, sebelum aku melupakannya terus menerus pun. Baik aku bagi arini.

Mula mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kat IPISLAM sebab aku amek info ni dari page dia. Sebab cara diorang explain cam mudah melalui perkataan FACES.




Apa itu FACES?

F - Kelesuan
A - Aktiviti terhad
C - Dada berasa sesak
E - Buku lali bengkak
S - Sesak Nafas

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri kita semua. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Cuma korang je kena alert apa yang berubah kat dalam sistem badan korang!. Kalau korang ni jenis yang malas nak amek kisah pasal kesihatan korang. memang tak perasan lah perubahan yang ada. Silap aribulan mati je.

Macam sakit jantung ni. Dia datang bukan nye tiba-tiba. Dia terbentuk secara perlahan-lahan. Perasan dengan tak perasan je. Sakit jantung ni selalu berkait dengan penyakit darah tinggi. Diorang berdua ni berkait sebab pesakit darah tinggi mempunyai kepekatan darah yang tinggi, jadi bila darah terlalu pekat, jantung tak mampu nak pam. Maka, jantung mungkin akan perlahan lahan memberhentikan proses pengepamam. Faham?

Menurut kajian, penyakit jantung ni menjadi salah satu penyakit yang paling popular di Malaysia. Dan peratus penghidap makin meningkat setiap tahun. Nak tahu kenapa? Sebab orang zaman sekarang terlalu kuat bekerja dan terlalu banyak makan makanan segera.

Bila cakap pasal sakit jantung je, semua orang mesti tau sakit jantung tu apa kan?. Tapi ada yang nak amek kisah? Takde, bai!. Itu pasalla Jabatan Kesihatan selalu mengingatkan kita supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi kalau korang semua ada keturunan yang punya penyakit jantung, MAKA, haruslah berhati-hati dan SILA jaga pemakanan dan gaya hidup korang!

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

Jadi, tepok dada tanya selera!. Nak sihat, jaga pemakanan dan lifestyle. Takmo sihat, sukati koranglah!

p/s: selamat menjaga kesihatan jantung anda!


ADIOS!