OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, March 18, 2013

Sape kata Mudah?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Okay, tetiba arini nak bebel pasal keje freelance voice over. Kenapa? Sebab aku kakak kepada freelance voice over. Huhuhuhuh.....buat bias. Bukan untuk membanding-bandingkan tapi untuk memberitahu dan menerangkan siapa kata keje voice over tu mudah.

Sape kata keje voice over a.k.a alih bahasa mudah? Nak feel lagi. Nak samakan sebutan dengan pergerakan bibir karakter lagi. Itu kalau satu orang satu watak....

Kalau satu orang sampai kene buat dua tiga empat watak? Boleh ke ingat?

Bayaran?

Kalau artis mungkin 'up' sket kot. Tapi kalau orang kebanyakan...korang rasa berapa banyak bayaran yang diorang dapat? Diorangnya payment pun tak standard. Takde harga standard yea. Bergantung. Kene pada studio yang cekik darah habeslah diorang mau dapat payment ciput. Kesian kan...

Ada studio yang bayar tiap-tiap bulan. Ada tu yang tunggu semua job settle baru dapat payment. Hmmm...korang rasa macam mana? Sebab tu kebanyakan voice over ni freelance!. 

Bersyukur kepada sesiapa yang keje gaji bulan tu...korang dapat lump-sum tiap-tiap bulan unless korang memang suka amek advance...

=__=

Dapat royalti? Tak weyh! Satu kali suara diorang kene record...akan digunakan banyak kali..tanpa ada bayaran royalti. Kesian kan?

Waktu bekerja?

Takyah citer la...macam-macam waktu. Ada yang keje tiap-tiap hari tapi berlainan masa. Ada yang kene kerja hujung minggu sebab nak settlekan voice over before dateline. Kalau dibuatnya kene voice over 4-5 episod...mau makan satu hari kot. Ntahla...

Kesihatan?

Pasal kesihatan takyah cakaplah...macam-macam nak kene jaga. Petua petui pasal kesihatan memang keen ada dalam kepala otak tu. Kalau tak, payah la weyh! Tekak nak jaga selalu. Hidung nak jaga selalu. Kalau keje opis, demam pun boleh datang lagi kat opis. Sebab yang bergerak tangan nak menaip. Kalau mereka-mereka ni...demam belum tentu boleh datang nak buat voice over. Kesian kan....

Perasan tak banyak perasaan kesian...sebab aku memahami.

If korang-korang berminat nak buat voice over atau nak jadi freelance voice over ce korang singgah kat sini. insyaAllah diorang boleh tolong guide korang. Aku cuma penyampai...semoga ianya membantu.

Ok. Bai-