OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 26, 2013

Hati-hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam sebok. Arini pun kalau ikutkan pun sebok jugak. Ini pun curik-curik update belog. Nak buat belog walking yang selalu aku buat pagi hari pun tak berkesempatan. Maka, nanti waktu lunch aku buat blog walking. Itu pun kalau aku tak mengantok...hehehhe

Kijams!

Aku dah lama nak post benda ni. Tapi tak tertaip-taip. Sesetengah orang mungkin ada simpan dalam draft. Tapi aku dalam draft pun takde simpan.

=__=

Dan aku juga tahu artikel ni dah lama. Namun, aku nak share jugak untuk perhatian gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana. Sebab kini dan sekarang terlalu ramai manusia yang berniat jahat berbanding dengan niat baik. Hmmmm...

Salah satu petunjuk dari Allah s.w.t.

Mari baca...


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad…ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Aku tak pasti kes ini berlaku tahun bila. Walaupun ianya berlaku beberapa tahun dulu, namun as mom, a sister and a friend. Please do BERHATI-HATI when you outside girl!

OK. Bai-