OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 8, 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak review pasal movie kan? Camtu gak dengan tazkirah daku. Terok dah mak jemah ni. Mood swing yang melampau. Takpe slow slow akan daku update yang mana tercicir. Kang dah bersalin, tak tau la sempat ke tidak nak update belog.

Silap haribulan, dah masuk keje baru dapat update belog. Pergghhh!lama tu dua bulan belog aku bersawang. Gagagagigigigugugugu. Takpe ada lagi sebulan 10 hari. Sila countdown my big day. Encik Usben dah pesan kat baby kluar 1 Mei.

Nice.

Public Holiday. Semua orang cuti dan semua orang leh jumpe aku kat spital. Apakah? Ok. Aku dah melalut dan dah lari jauh dari tajuk yang sepatutnya.

Mari kita masuk ke kisah Husin, Mon dan Jin pakai Toncit. Husin balik ke Kampung Pisang selepas diri diisytihar bankrap gara-gara joli sakan di bandor. Balik ke Kampung Pisang, Husin 'diganggu' oleh Hantu Ayu (Mon). Aku tetiba lost pulak, sape si Ayu ni. Mon tu aku kenal la sebab Mon awek Husin sebelum Cik Min.

Kak limah lepas keluar spital mental, terus pasang badan mak jemah oooiiii. Tak menahan kebaya bagai.

Sebenarnya Hantu Kak Limah 2 ni nak ceritakan pasal Jin Pakai Toncit ni mencari mangsa korban setiap 45 tahun. Dia mencari teruna yang masih virgin. Hadoi! virgin mak!. Camne la Jin Pakai Toncit ni tau si Husin tu virgin lagi? Hehehehehe.

Perasan tak? Kekurangan unsur lucu disitu? Korang tengok lah sendiri camne. Lucu ke tak. Dari 10 bintang aku cuma mampu bagi 5 bintang je kot.

Ok. Bai-