OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 28, 2013

Orang Baru

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Weekend yang lepas aktiviti aku penoh giler okeyh! Sampaikan aku tak sempat nak prepare kan segala bawang untuk Umi aku guna seminggu.

=__=

Hujung minggu ni nak balik Banting. Hujung minggu depanlah jawabnya aku tolong Umi aku kupas semua bawang.

=__=

Hari Sabtu dipenuhi dengan family activity. Pagi sarapan dekat Masjid Datok Keramat. Lepas tu terus exercise kat Pasar Tani Taman Melawati. Balik umah dengan pantas aku terus prepare untuk buat Nasi Ayam.

Ok. Penat.

Masa kat Pasar Tani tu pulak...si kakak buat hal nak panjat pokok.

=__=

Apakah ini akan berlaku untuk kanak-kanak di zaman hadapan jika tak pernah jumpa pokok!



Kalau camtu aku memang menyokong penoh sepenoh penohnya aktiviti mari menghijaukan bumi. Aku taknak anak-anak aku tak kenal apa itu pokok.

=__=

Korang pernah tengok citer kartun Lorax? Korang memang patut tengok kalau korang suka sangat hidup tanpa pokok!



Kononnya petang tu nak melawat orang baru kat Subang. Tapi tuan tanah takde. Maka, kita berjalan-jalan dan membuang kuman di Aeon AU2. Hasil jenjalan di AEON AU2, bebudak ni rembat sorang satu mainan kat DIY.

=__=

RM 1.80 je sepeket ;p






Malam tu kan EARTH HOUR. Korang padam lampu tak? Aku padam. Umi aku siap beli lilin lagi. Saje seronok-seronok. Tengok show Malam Cinta Rasul pun dalam golap!

Nice!


This is for Kak Mar! Nice to listen Kak Mar. Try to download it.

Inilah yang terjadi bila satu rumah gelap dan menggunakan lilin sebagai sumber cahaya. Nice.


Sesi bermain dengan bayang-bayang dan cubaan meniup lilin.

=__=

Tamat cerita Hari Sabtu. Kita sambung cerita hari Ahad yang dipenuhi dengan aktiviti jugak. First sekali aku and family berjalan-jalan ke rumah orang kawen!

Me like it!. Anak-anak aku pun suka sebab macam-macam boleh dapat dari wedding event. Lagi-lagi zaman sekarang. Kalau zaman dulu dapat telo je. Zaman sekarang segala kek, segala cekelat dengan segala gula-gula pasti ada.

Hadoi. Rosak gigi.

=__=

Kami pergi ke Wedding kawan aku....


Sila abaikan muka mak yong yang berminyak itu. Bilik pengantin tu panaslah!. Huhuhuhu. Alasang!


Gambar ni aku cilok dari fesbuk Jiyana. Sowi erk! Aku tak sempat nak tengok ko bersanding sebab masa pengantin lelaki sampai langit dah bunyi dan macam dah ready nak turunkan 'hasil'nya. Memandangkan daku ada 'handbag' yang comey itew baik aku pulang dulu sebelum 'handbag' daku ditutuh hujan.

=__=

Alhamdulillah, settle kenduri Jiyana. Terus kami bergerak ke Subang pulak. Tengok baby! Nak cium baby. Nak dukung baby. Lalalalala...


Tecik je baby ni. Aku nak gomol macam aku gomol Mok Mok pun tak berani. Huhuhuhuhu...Satu je gambor yang aku ada. Dasar pemalas nak snap gambar.

Hahahaha.

Ok. Bai-

Aku rasa entry hari ni panjang daripada biasa nih!. Selamatlah semua!.