OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 14, 2013

Makaroni Bakar

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama kan aku tak share resipi. Last resipi yang aku share...Kari Tulang kot. Maka dengan itu, aku nak share resipi Makaroni Bakar hari ini.

Bahan-bahan:

Makaroni yang dah direbus dan ditos
Daging hancur atau daging burger
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu cili boh
1 tin sos Prego
1 cawan air
1 cawan susu
*1 biji telur
Garam
Mixed Herb
Lada Hitam
Lada Sulah
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180-200 darjah celcius. HARUSlah direbus dan ditos makaroni tu dulu. Sukahati koranglah nak guna makaroni yang macamana rupa bentuk :p

2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai nak bau. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sampai naik minyak.

3. Masukkan daging hancur dan sos Prego. Jangan lupa letak garam sket. Kacau sebati.

4. Masukkan pulak makaroni dan kacau sebati. Cuba rasa, kalau kurang garam tambah lagi garam yea. Kemudian baru masukkan lada hitam, lada sulah dan mixed herb (herba campuran).

5. Akhir sekali masukkan telor dan susu. Kacau sebati.

*kalau korang nak tambah sayur pun boleh. aku buat benda ni tiba-tiba pastu tak teringat pulak nak letak sayur mayur :p

6. Masukkan dalam tin pembakar taburkan cheese. Dan bakar sampai nampak cheese tu garing sket tak pun sampai cheese tu cairlah. Suhu aku guna 200 darjah celcius. Kata nak buat sarapan haruslah guna suhu tinggi jadi cepat settle. Hahahaha.

Ok. Siap.

Hasil? Malu pulak mak jemah nak tunjuk :p

Hahahaha.


Cheese kurang =__=

Kalau dapat letak banyak cheese lagi best!

Ok. Bai-