OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 27, 2012

Tak Boleh Ikut. Hujan.

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ada sedikit kisah tentang budak berdua itew.

Pada suatu petang dalam pukul 6.30 petang camtu. Uncle nak keluar pergi pam tayar kereta. Kemudian . . .

Ibu : Kakak nak ikut uncle tak?

SZ : nak kut angke (uncle)

NZ : nak kut

SZ : tak leh kut. hujan.

NZ : nak kut

SZ : tak leh kut. hujan (sambil berjalan berpimpin tangan keluar dari pagar rumah)

Si adik dah menjerit-jerit dari dalam rumah nak ikut jugak!

Ibu . . . . =__=!

Cam menyesal pulak offer si kakak soh ikut uncle. hew hew hew.

Dia Mai Lagi!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dia mai lagi. La ni nak buat esok pulak. Apa benda nye? Apa lagi si Bersih 3.0 tu la. Huh!

Nyusahkan orang lain je. Nak kluar pergi KL pun cam takut-takut je. Camner nak pergi PWTC Bookfair ntah.

Tapi takpe, ari Isnin pun aku akan bertapak kat PWTC. Bawa customer daku berjalan-jalan cari makan di PWTC. Hohohoho.

Nice.

Menyampah okay!. Tak suka. Tolong la jangan buat macam aritu. Takut okeyh! Me don't like it! Tangkap sana. Tangkap sini. Pastu siram air sana. Siram air sini. Jerit sana. Jerit sini. Berkumpul sana. Berkumpul sini. Kesian kat orang yang meniaga. Hilang mata pencarian diorang esok.

Seyes, aku pohon tak yah la berkumpul bagai. Takde pekdah nya. Korang buat petisyen. Tulis apa yang korang nak. Dapatkan tandatangan. Habes citer. Tu pun kalau habes citer. Hmmmm . . . aku rasa dulu Malaysia aman. Sekarang aman jugak tapi sejak ada si Black Lady tu, aku rasa Malaysia cam sedikit kucar kacir dibuatnya. Tak yah la sokong dia. Kita orang Melayu. Sokong orang Melayu.Okay?

(arrghhhh! kenapa aku masukkan bab politik dalam belog aku ni.damn!)

Ya Allah, lindungi Malaysia dari segala bencana atau bala.Amin.

Memandangkan takleh keluar KL maka aku keluar dari rumah je lah. Pergi kenduri kawen Auntie Murni. Lepas tu buang kuman kat AEON AU2 ke. Tak pun balik umah, pastu aku Bersih kan umah saje. Miahahaha.

Tapi aku kesian kat orang yang buat kenduri kahwin . . . harap-harap dipermudahkan perjalanan kenduri mereka dan para jemputan untuk hadir.

Ada sorang blogger nak kawen esok. Selamat Pengantin Baru Peej. Semoga jodoh kau berkekalan sehingga akhir hayat. Hopefully semua jemputan ko datang tepat pada waktu tanpa ada sekatan. Huhuhuhu. Aku silent readers ko je. Tak pernah lagi comment. Segan.

=___=

Dang!

Ramai orang kawen. Saya suka. saya suka. (sila baca dengan gaya Mei Mei)

Dah aku nak tukar topic malas nak cakap pasal Bersih 3.0 lagi. Menyampah.

Tadi aku buat blog walking maka singgah la aku kat belog si jejariruncing. Dia kata semua pelanggan Astro dapat tonton semua channel secara percuma dari hari ini hingga 6 Mei!.

Lepas aku baca je, aku terus call orang rumah. Confirm! Memang dapat tengok. Cayalah!. Tetiba sokong Astro. Padahal selalu je nak cari pasal dengan Astro. Hahahaha.

Tak sabar nak balik umah nak tengok semua channel. Giler! Channel yang ada ni pun tak tertengok. Memang giler!.

Dah, Blah!

Thursday, April 26, 2012

Lima haribulan Lima

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria dan selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Aku pose arini ;) Bila pose je, ada je orang post kat FB makanan sedap-sedap. Kat belog pun sama. Sampai terliur aku . . .

=___=

Tadi singgah belog Kak Mar, sedapnya ayam goreng berempah Kak Mar. Balik nak makan ayam boleh? Tapi semalam baru je makan kari ayam. Siap letak kaki ayam lagi.

Sedap. nom nom nom.

O__O

Hujung minggu ni nak buat nasi ayam lah! Aci tak?

My dear umi,

Hujung minggu ni kita buat nasi ayam erk? Saya masak! Hohohoho . . . .

Love, kakak.

*********************************************************************
Aku dah lari tajuk actually. So, back to top again. Apa yang ada lima haribulan lima? Aku banyak jemputan kenduri. Ada tiga (3) okey!

Dua daripadanya my buddy classmate. Encik Pendek dan Encik Bacan. Obviously nama diorang bukan itu, it's just nama gelaran waktu school dulu. owh! i miss my school term.

Lagi satu member U dulu. Kat Johor. Jauh gak tu nak pergi. Aku mintak maafla ye Mas, aku tak dapat nak pegi. Apa-apa pun aku wish Selamat Pengantin Baru! Semoga berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat!.

For Encik Pendek!. Of course aku tak pegi kenduri kau. Sebab kau buat kat Sabah kot. Unless ko nak sponsor tiker penerbangan!. Hohohoho . . . Dah lama aku tak pergi Sabah. Last aku pergi 97/98. Rindunya Sabah!

=___=

For Encik Bacan, kalau takde aral melintang. Akan daku sampai ke kenduri kau! Engkau pun dah lama aku tak jumpe. Entah gemok atau kurus. Atau still maintain.

Aku menyampah betol nak buat ending dalam belog. Seyes rasa cam apa je. Okaylah. Blah!

To all my friend yang akan berkahwin bulan May ni . . .

Aku ucapkan . . .

"Selamat Pengantin Baru"

Semoga Majlis korang diberkati oleh 
Allah s.w.t 
dan 
jodoh korang bersama pasangan berkekalan sehingga akhir hayat. 
Amin. Amin. Amin.

Wassalam.

Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Mail

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak citer pasal budak ni yang suka sangat bercakap. Dan kadang-kadang tu cakap pun tunggang terbalik. Akibat tunggang terbalik cakap . . . ada dua patah perkataan yang dia akan cakap terbalik! Salah satu nya perkataan Mail.

Mail akan jadi amil. Inilah mail yang selalu dia panggil amil.



=___=

Lagi satu perkataan ialah main. Dia akan sebut namen. Aku rasa ini gabungan perkataan nak main kot. Tu yang jadi namen.

=___=

Apa-apa pun, alhamdulillah. She now can say please bila nak susu. Tapi kadang tak jugak cakap. Cuma dia akan bagi upah kat kita. Dia bagi kiss satu. Yeah!

^__^

Cik Sakinah pun dah pandai sayang semua orang walaupun dia hulur pipi je. Ingat salam ukhuwah ke sayang? Kalau suruh salam cium tangan pun, dia akan hulur pipi kat tangan. Apakah?

Cik Sakinah dah pandai mintak cuci tangan. Dia akan sebut "nak nangan". Alhamdulillah. Dia pun suka bersoal jawab bila tengok cerita apa-apa. Dia akan tanya 'apa'.

Cuba bayangkan kalau dua-dua tengah tengok kartun. Pastu dua-dua tanya. Sorang tanya 'apa tu?' sorang lagi tanya 'apa?'. Pe lagi jawab la dua-dua. Hahahaha.

Okay, done!

Jamuan Cik Piyah & Cik Kinah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Jomputla datang kek jamuan Cik Piyah dan Cik Kinah. Maap la yo takdo kueh dongan air. Ini jo yang ado!.









Ahli jemaah . . . Encik Spongebob, Encik Pooh, Cik Puan Bear Grey, Cik Puan Bear Light Choc and Mr Dragon. Hohohoho . . .

Nama-nama tu aku yang bagi. Anak-anak aku tak kisah pun nak namakan segala bear segala pooh tu nama. Mereka lebih suka tengok citer kartun, citer Tanah Kubur dengan baca buku. Hopefully diorang akan teruskan minat membaca tu sampai besar yea anak-anak.

Okaylah. Nanti kita buat Jamuan lagi. Tapi kali ni biar ada makan dan minum yea!

ADIOS!

Monday, April 23, 2012

Kahaani

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak citer pasal movie kan? . . .  kali ni nak share movie industan. Best! Aku suka jalan citer dia. Aku suka diorang twist ending dia. Macam ala-ala citer Hollywood. Silap aribulan citer ni pun diorang plagiat dari filem Hollywood.

Aku tak kenal sape pelakon dia. Pelakon baru kot. Heroin dia Vidya Balan Khan.

Citer ni tak popular kat Malaysia rasanya. Atau aku yang tercicir? Nice-



Dalam citer takde nyanyi cam selalu. Tu yang best! Hope Malaysia boleh dah kot buat citer camni. Citer yang takde citer cinta dan antooo.

Sangat best storyline dia.

Ni aku kongsi movie dia . . . sila tonton! Best!



Bukan tak sokong citer Malaysia. Aku sokong. Cuma aku nak Producer dan Scriptwriter buat citer camni. Boleh tak? Tak perlu cinta dan tak perlu antooo.

Selamat Menonton!

HIJABISTA yal!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Already bought last friday. Done reading it. Now nak transfer this mag to my sis. Hey! bila nak datang amek??? Nanti kang budak berdua tu koyakkan! Ang sambung la sendiri mag tu yea.



Ini edisi pengenalan. Retis dia si Diana Amir yang jadi cover. Info . . . banyakla info pasal tudung a.k.a hijab. Banyak fesyen dalam ni. Saper yang suka fesyen up to date memang patut beli.

As for me, Encik Usben kata tak payah la. Kali ni dia bagi can beli. Hehehehe. Aku kan fesyen mak-mak jew. Payah nak berlilit-lilit dan bershawl bagai. Tak kose.

Untuk jadi bahan bacaan pun . . . untuk aku kureng la. Aku lebih suka baca MIDI. HIJABISTA ni more kepada wanita-wanita yang berumur 15 and above dan yang suka berfesyen.

Aku . . . diulang sekali lagi kureng berfesyen.

Fesyen dalam ni memang voogie the vast lah! Dengan high heel 5 inci ++. Memey la cantek.

Okay, done!

Eh! apa punya ending da . . .

Friday, April 20, 2012

Demam Kek Cekelat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini baru dapat bersiaran. Semalam cuma sempat blogwalking saje. Semalam aku cuti sebab si kakak demam panas. Flat!

Tetiba je demam. Musim demam kot. Demam pun ada musim yea. Hmmm . . .

Lembik jugak Cik Safiyyah semalam. Dah la payah nak makan ubat. Jadi masuk ubat punggung je la ye nak. Ibu bagi paracetamol kanak-kanak pun awak makan dua per tiga je. Ada lagi baki satu per tiga kat dalam peti ais tu.

Cik Safiyyah ada seorang yang tak makan something macam gula-gula. Dia suka makan eskem dan cekelat sajew. Gula-gula NO. Nanti gigi rosak. Hehehehe.

Hari Rabu tu aku posa, pastu buat blogwalking singgah kat NekLah nye belog. Aku nampak resipi kek cekelat. Maka, haruslah cuba!

Menjadi okeyh! Thanks NekLah for the good recipie! Seyes bancuh kek tu macam bancuh cekodok!

Sangat Lazat!

Percaya atau tidak aku siapkan kek tu sebelum aku buka posa! Senang, mudah dan sangat sedap!

Inilah hasilnya . . .


nom nom nom~

Nanti boleh buat lagi!

Ni gambor budak demam semalam-





Lepas amek je gambor ni . . . tak lama lepas tu. Dia muntah.

Alhamdulillah, arini dah baik!. Syukur.

Wassalam.

Wednesday, April 18, 2012

maksud yang sangat bermaksud

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ari Rabu . . . . Wordless Wednesday!



Wassalam.

kepala + tandas + kepala paip = kecederaan!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dengan penuh rajinnya semalam. Dengan keazaman penuh didada.
Jom! cuci bilik air.
Amek sabun.
Tabur sabun.
Curah air.
Sental.
Berus.
Dan terus menyental.

Gedegang!.

Inilah yang terjadi bila KEPALA aku bertemu dengan KEPALA PAIP!.


Nampak tak kecederaan yang dalam bulatan itew?

Sakit dowh.
Malam tadi je kepala aku cam dizzy je.
Benjol plus berlekuk dahi aku!
Arini pun tak leh nak tunduk sangat.
Tunduk rasa cam sakit kat tempat kecederaan tu. Maybe tekanan kot kata Encik Usben.

Umi aku tengok dahi aku semalam, menggigil lutut dia. Kalau berdarah la semalam, confirm aku FOBIA nak cuci bilik air lagi!

Nak pakai telekung pun pedih. Kene air takyah citer arrr...cam nak nanges!
Sadis giler!

Buat umi tersayang,

Saya nak mintak cuti dari cuci bilik air seberapa seketika kerana sedikit fobia dengan kepala paip tersebut. Sebelum ni dah pernah terhantuk, tapi takdelah seteruk ini. Huhuhuu....

Dari kakak sayang.

Nenek!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku mencik bila mimpi antoo!. Rasa cam dah lama kot aku tak mimpi antoo. Mungkin sebab tak baca bismillah masa nak tido tu yang mimpi antoo. Damn!.

Aku mimpi . . .

Seorang nenek sedang intai mengintai kat tepi tingkap bilik aku pastu siap tiup-tiup langsir. Mencik! Aku tido dengan Cik Safiyyah. Cik Sakinah tido ngan Encik Usben kat bawah.

Tiba-tiba . . .

Nenek tu bukak tingkap bilik aku (tingkap sliding) terus tarik Cik Safiyyah. Aku jerit dan panggil Encik Usben tapi sore tak kluar la plak!. Aku menyampah situasi gini. Aku tarik Cik Safiyyah sambil baca ayat kursi. Tapi yang geram tu satu sore pun tak kuar!

Nenek tu siap gelak-gelak lagi. Nice!

Dengan sekuat hati aku tarik Cik Safiyyah. Dapat!. Masa tu aku dapat rasa badan aku cam takleh gerak je. Mencik nya mimpi camni.

Lastly, Nenek tu pesan kat aku . . .

Jangan lupa baca ayat kursi lima kali selepas solat.

=___=

Lepas maghrib semalam aku lupa nak baca ayat kursi macam biasa. Gara-gara Cik Sakinah nak susu. Huhuhuhu.

Insyaallah, hari ni saya baca ayat kursi selepas solat.

Ampunkan dosa ku Ya Allah.

Takmo mimpi antoo lagi!

Tuesday, April 17, 2012

El Postre and Pegaga

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


Gara-gara keinginan di luar batasan. Konon nak beli SR tapi TUTUP pulak.

Perhatian:

Secret Recipe kat Taman Melawati da tutup Damn!. Jauh arrr kalau nak pergi AEON, Wangsa Maju. Menyampah!.

Disebabkan terlalu craving cake. Padahal minggu lepas baru je makan eskem kek.









ekceli aku teringin nak makan kek ni . . .



Memandangkan SR kat Taman Melawati da TUTUP. Harapan la nak makan Chocolate Banana Cake. Buat?

TAK RAJIN!.

Maka, singgah kat kedai EL POSTRE and PEGAGA.




 Carrot Cake (sangat sedap!)


Cheese tart with Macadamia Nut (sedap jugak!)
aku tak sure nama dia

 Chocolate Cake (pun sedap!)
tapi itu budak baju hijau da makan semua chocolate ganache atas kek tu!


Scone
First time makan scone, bagi aku not on my list kot. not like it. huhuhuhu.

Nah! hamek. Harga sepotong kek RM 8.80.

Kalau pergi SR dapatla RM 7.20.

Itu pun umi aku ingat RM 6.50. Itu bila ntah punya harga . . . atau aku yang salah tengok. Hahahaha!

Kedai ni baru bukak kat MRR2 tu. Lagipun tak banyak choice of cake. Better cari kedai kek lain. Giler tak baik menghasut orang supaya tak singgah ke sana.

But, the true is you should try the carrot cake. Memang sedap! Tapi takdela super sedap. Sedapla . . .

Mekasih umi sebab banje makan kek di malam hari. Lepas makan berjalan kaki pulak beli Bihun Kung Fu untuk budak baju hijau tu. Aku ajak makan nasi takmo.

Chau Chin Chau!.

p/s: makin GEMOK la si bini ! 50KG dalam tangan ! =___=

Miss Edward Scissorshand

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

As promise.


muka baru bangun tido.

mata pun kuyu lagi.

ADIOS!

Tak Nak Tak Payah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini ari selasa. Tajuk kat atas tu takde kene mengena dengan ari Selasa. Semalam aku tengok berita kat TV3.

Kepada peminjam PTPTN dan bakal peminjam PTPTN,

Aku disini nak ucapkan SYABAS kepada yang dapat pinjaman PTPTN dan SYABAS kepada para peminjam yang dah bayar semula segala pinjaman.

Dan aku juga nak ucapkan SYABAS kepada pelajar yang bersetuju tentang penghapusan PTPTN.
Motif?
Aku tak faham.

=___=

Bak kata Tun la kan, PTPTN is for poor people NOT rich people!

Jadi, kepada orang-orang kaya yang tak perlukan PTPTN tu tak perlu mintak dan tak perlu mintak Kerajaan untuk hapuskan PTPTN. Bagi peluang pada orang miskin yang memerlukan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran.

Derrrgghhhh-

Seyes aku tak faham motif nak hapuskan PTPTN. Kos pembelajaran bukannya makin menurun, makin meningkat kot.

Itupun masih lagi ada pelajar yang menyalahgunakan PTPTN. PTPTN digunakan untuk beli segala gadget la, kereta la bukannya bahan-bahan limiah untuk sesi pembelajaran.

Dan ada juga yang masih LIAT nak bayar pinjaman. Babe! korang da pinjam. Bayarlah! Macam mana nak rolling duit kalau korang tak bayar! Bunguks la weyh!

Bak kata pengarah PTPTN, si sebok nak hapuskan PTPTN tu . . . pun cakap tunggang langgang. Mintak hapuskan PTPTN tapi suruh student UNISEL mintak PTPTN. Eh! UNISEL parti tu punya ke? Hmmm .... (aku tak mahu libatkan kepolitikan disini)

Pe cer?????

*toink*toink*toink*

Tak payah la nak berpiket bagai semata nak mintak PTPTN dihapuskan . . . orang melayu nak jatuhkan orang melayu. bangsa lain naik sebab mereka bersatu. (bukan racist)

Memang aku tak faham!

=___=

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aku.

p/s: aku bukan peminjam PTPTN. Hehehehe.

Friday, April 13, 2012

Abang Jangan Pergi!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Wordless Friday.



=___=

So, drama queen!

Persoalan yang disoal oleh orang suka menyoal!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Before this entry about her sister. Now about her pulak!.

Tooooooo Much Questions!



Aku sendiri pun kadang tak mampu nak jawab!

Waaaaaa! Nak nanges!

=___=

Orang tengah cakap dia sebok nyampok.

Orang tengah tengok tv pun dia join dan segala persoalan yang menjadi persoalan pun terkeluar.

Macam last week, aku tengok Tanah Kubur. Dalam citer tu mayat dia berdarah-darah selepas dikapankan.

Sesi menyoal pun bermula . . .

Anak: Ibu nape ibu? Apa ibu? darah tanyak ibu.

Ibu: hmmm, darah.

Anak: Apa ibu? Darah Tanyak.Cian mak dia. darah. Nape ibu?

Ibu: Mak dia dah mati.

Anak: Cian. mati. darah tanyak. nape darah tanyak?nape darah?cian.

=___=

Soalan tetap diteruskan even dah kluar lagu Yasin ngan Mawi.

Arini kita tengok Tanah Kubur lagi ye sayang. Teruskan dengan persoalan anda. Ibu suka!
(seperti tidak ikhlas gayanya)

Ini aksi beliau ketika di dalam kereta Uncle!. Terima kasih lah Uncle sebab tinggalkan jacket kat dalam kereta tu!

Miahahahaha-








Anak-anak . . . macam-macam hal!

Pablo Picasso!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak update pasal bebudak dua orang tu kan.

Budak Sakinah ni dah macam-macam hal dia buat kat umah tu. Hampir-hampir menjadi facebook dah rumah tu. Segalanya ada tulisan.

Hai la anak, ang nak jadi Pablo Picasso kah?

Lihat hasil si budak Sakinah yang kaki conteng mana dia nak!

Pengsan ibu nak sental segala dinding dengan kerusi dan juga pintu bilik!

Ritu Mak Ngah awak dah TOLONG cat dinding umah. Sila jangan buat Mak Ngah awak CAT awak pulak dek oooiii!





tengok tu tanpa rasa bersalah!
Nenek ada kat sebelah . . . selamba gadak dia je conteng sofa Nenek!

Hai la anak . . . sila conteng dinding bilik. Dinding bilik takpe untuk diconteng. Takde sape nak tengok!

Sekarang ni dah pandai mintak cuci tangan bila tangan kotor. Even kotor nya sikit sahaja!. Huh-

Sangat-sangat suka menjerit. Apakah kerana aku suka tengok cerita hantu masa preggy, anakku suka menjerit? aiyooo-

Rambut pun dah panjang. Klu baru bangun tido . . . rambut dah serupa rambut Edward Scissor Hand. Ingat camne rambut mamat tu? Meh sini aku bagi ingat balik.


Dapat bayangkan tak? Aku lupa nak snap biler rambut dia serabut gitew. Nanti aku capture rambut Sakinah The Pablo Picasso Hand. Wah!

Happy Birthday!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Akhirnya aku dapat jugak bersiaran disini! Wah! bersiaran lah sangat. Hohohoho.

Actually his birthday was yesterday. Memandangkan semalam aku teramat lah sebok. Maka hari ini baru boleh update belog. Sila lah baca entri aku yang melambak arini. Melambak ke?

First entry for today is all about the bezday daddy!


So, semalam kami semua buat la sedikit celebration.

Wanna see what we having last night?

Let see . . . .








Ice Cream Cake for him! Sampai ke pagi ni aku teringat-ingat eskem kek tersebut . . . sedap nya woh!

Then for dinner we're having satay!





One happy family at home! Saya suka saya suka saya suka!

Done!

Next birthday is Safiyyah Zaharah! Hmmm . . . wat simple dah la. Tapi, tengok la camne dulu. ngeeee~

Thursday, April 12, 2012

Busy Day!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Very-very short entry for today. I'm so busy with my work. I'll update my blog later means tomorrow or next week. Hohohoho.

p/s: To my dear Abah, Happy Birthday!.


Almost forgot to my dearie niece cepat baik okay!.

Friday, April 6, 2012

bukan Malaysia tapi Malaysia...hmmm

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi aku singgah kat Billy Info terjumpa dengan artikel 'unMalaysian' di Malaysia. Cam best je tengok gambor-gambor tu . . .

^___^

ni aku ada amek sket dari dia. Bro, aku amek gambar ang letak kat belog aku. Sebab cam cantek jew!


 Autum at Vermont, USA - Bukit Perak, Kedah.


 Old Town, Dubai - Souq Al-Bukhari, Alor Setar, Kedah


 Iraq - Alor Setar, Kedah.


 Europe - Cameron Highland, Pahang


 Abu Dhabi, UAE - Kompleks Al - Bukhari, Kedah.


Kathmandu - Ipoh, Perak


 Smokehouse, Britain - Cameron Highland, Pahang


 Chicago - Kuala Lumpur


 China - Kuching, Sarawak


 Perancis - Perlis


 Shibuya Street, Tokyo, Japan - Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur


Shenzen - Labuan


 New Zealand - Kundasang Sabah


 South Korea - Lumut, Perak.


 Las Vegas / Macau - Genting Highland, Pahang


 Autumn in Japan - Penang


Dubai, UAE - Johor Bahru

Okey lah, ada banyak lagi gambar . . . tak larat la nak letak semua. Kalau korang nak tengok lebih lagi, korang leh usha kat Billy Info

Chau Chin Chau!