OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 19, 2011

Penemuan baru!

LEMPOYANG? Tau LEMPOYANG tu apa? Bukan USIN LEMPOYANG yang dalam ALI BABA BUJANG LAPOK tu.....

aku pun tak pasti samada aku mengenali LEMPOYANG ni atau tidak...sebab LEMPOYANG ni rupa dia seakan-akan ngan HALIA...tapi orang panggil dia HALIA HUTAN. Kira dia ni adik beradik sepusat sepusing mak bapak asing-asing ngan Encik Halia. Pokok dia pulak seakan-akan ngan POKOK BUNGA KANTAN. Korang kenal tak POKOK BUNGA KANTAN? adeh! kalau pokok bunga kantan pun korang tak kenal camner nak kenal ngan pokok lempoyang neyh.


Ni la lempoyang nyer....

Lempoyang ni banyak khasiat. Macam-macam kita leh buat. Tapi baru-baru ini dalam Berita TV3 semalam, ada sebut yang lempoyang ni dapat menyembuhkan penyakit KANSER SERVIKS. Jadi pada semua wanita di luar sana...mari la kita mengamal makan lempoyang neyh....hehehehehe. Semoga kita dapat menjauhi penyakit KANSER SERVIKS, InsyaAllah. Lagipun lempoyang ni kan asal dari bumi kita bukannya dari bahan chemical...elokla untuk sistem badan kita. Btol tak?

Yang ni plak pokok lempoyang....

kecik je pokok dia...xbesar pon. Aku pun baru tau pokok dia besar ni jek....hahahahaha. Apa-apa pun kita leh cuba makan LEMPOYANG ni untuk kebaikan diri kita. InsyaAllah...Amin~