OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 18, 2011

Ikan Bilis Goreng masak Taucu ala Chepah (^^,)

Pernah dengar? aku rasa mungkin ada yang biase dengar resipi neyh. tapi takpe aku akan share ngan korang. Sekurang-kurangnye korang leh cuba. Gambar masih lagi takleh nak upload sebab kabel Hp aku la problem. Encik Usben takmo tolong...kene wat sendiri. Sebab tu takde masa nak settle this problem...huhuhuhu.

Bahan-bahan

1 Genggam Ikan bilis (digoreng) *leh ke measure guna genggam...
1 biji Bawang besar (dihiris nipis)
1 biji Cili Merah 
1 biji Cili Hijau
3 biji Cili Padi (kalo nak pedas-xmo pedas xyah letak) 
   *aku xletak sebab Cik Bebet suka makan jadi xleh wat pedas
2 sudu makan taucu
sedikit air asam jawa

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis.
2. Tumis bawang, cili merah and cili hijau sampai layu.
3. Masukkan taucu dan air asam. Masak sampai sedikit kering. Letak gula sket je (ujung sudu)
4. Tutup api pastu masukkan ikan bilis. Gaul rata.
5. da siap