OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 14, 2011

Novel Interlok

Kali ni aku nak membebel pasal novel plaks! Disebabkan novel ni lah tetiba rakyat MALAYSIA sedikit porak peranda....Tapi kalau diikutkan bukan sebab novel ni tapi sebab adalah reader dari KAUM INDIA ni saje nak memprovokasikan (ada ke perkataan neyh) jalan cerita novel ni...

Novel ni adalah hasil penat lelah tulisan dari Abdullah Hussain. Abdullah Hussain ni kita nyer Sasterawan Negara...Korang kenal ke? Aku xkenal sangat. Kalau Tan Sri Samad Said aku kenal la. Ahadiat Akasha ke...hehehehhe...

Interlok adalah sebuah karya sastera bermutu yang mengambil latar masa sekitar 1910 sehingga 1957 dan ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di tanah air.Buku ni tak sepatut nya menjadi satu bahan pergaduhan antara KAUM kat MALAYSIA neyh...Buku ni kan untuk Ilmu Pengetahuan untuk anak-anak kita juga...apa la masalah nye KAUM INDIA ni....

Encik Abdullah Hussain ni buat novel ni untuk dijadikan satu hasil karya seni...tapi sekarang da jadi satu karya seni yang dipolitikkan oleh KAUM INDIA. Ini disebabkan ada satu watak dalam novel tu datang dari INDIA...nama nyer MANIAM. MANIAM ni seorang INDIA PARIYA yang datang dari India ke Malaysia. Pabila perkataan PARIYA digunakan ini menunjukkan satu kasta yang paling rendah. Sesungguhnya kalau da memang si MANIAM tu seorang PARIYA yang datang dari India..kita nak buat camner...da memang camtu jalan cerita nya...macam tu jugak disebutkan dalam buku tersebut..Bangsa Melayu BODOH dan MALAS. Walaupun, aku tahu ada MELAYU yang sememangnya BODOH dan MALAS. Lepas tu macam mana plak Bangsa Cina yang JUAL ANAK PEREMPUAN? Ada Orang Melayu dan Orang Cina bising...

Kalau dah memang itu termaktub dalam SEJARAH kehidupan rakyat MALAYSIA. Apa yang perlu dibisingkan? Apa yang perlu dipropagandakan? SEJARAH tetap SEJARAH. Kita tak boleh ubah! Faham Tak?????

Apa yang memelikkan lagi KISAH NOVEL NI.....novel ni dihasilkan 40 tahun dulu....takde plak orang nak membangkitkan isu perkauman 40 tahun dahulu. Kenapa baru sekarang? Kenapa kita perlu membangkitkan masalah perkauman hanya kerana sebuah novel yang menceritakan tentang SEJARAH???? Apakah pemikiran orang sekarang yang berteknologi tinggi sudah CETEK??? Kita patut berbangga dengan hasil karya seni yang dicipta oleh RAKYAT MALAYSIA. Kita tinggal dibumi MALAYSIA. Jadi kita patut merealisasikan perkataan 1 MALAYSIA. Ni tak, lagi nak jadikan 1 MALAYSIA...lagi banyak isu perkauman dibangkitkan dan digembar-gemburkan.....

Kita da maju kehadapan kenapa kita perlu kebelakang? Sudah-sudah la tu....ini semua kerje SYAITONNIROJIM untuk meretakkan hubungan sesama manusia. So, as an human who has BRAIN that can THINK...so THINK wisely, THINK correctly.

Cukupla aku membebel pasal isu perkauman dan isu-isu PANAS....kang tak pasal benda mengarut lain aku cakap....huhuhuhuhu.

No comments:

Post a Comment