OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, May 18, 2012

Uncle Usin Berani Punya Budak Jangan Pandang-Pandang Boleh Tak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru-baru ni aku khatam tengok ketiga-tiga movie Melayu yang sepatutnya menaikkan martabat perfileman Malaysia. Tapi aku rasa cam tak berbaloi la weyh!.

Movie Uncle Usin. Anak aku yang suka tengok cerita melayu pun tak kose nak tengok. Dia layan je citer Tanah Kubur. Dia layan citer Kapoww. Dia layan citer yang ada budak Mia Sara (apa Papa ntah). Zombie Kampung Pisang pun dia layan. Hantu Kak Limah pun dia layan.

Tapi cerita ni dia tak nak tengok. Bila anak aku tak nak tengok, sah-sah la citer ni tak menarik perhatian.

Bila aku tengok . . . lagila . Hazab! Camne korang leh buat cerita camni? Aku tau nak buat filem bukan senang. Tapi buatla yang berkualiti. Hadoiyai nye pun kan ter ber.

Aku nak cerita jalan cerita pun tak mampu nak type....

Hasil lakonan dari Encik Zizan, Encik Johan, Encik Nabil dan Cik Syiqin Kamal. Apa citer dia, tak kose mak nak taip sebab citer tak best langsung! Damn-

=___=

Frust!


Pastu aku layan citer Jangan Pandang-Pandang. Citer ni antara yang okay diantara tiga-tiga movie yang aku tengok.

Citer ni pasal student kolej yang diminta membuat assignment ketika cuti semester. So, this group of student nak buat research pasal harta karun kat satu pulau ni. So, macam-macam tragedi yang menakutkan dan melucukan berlaku ketika diorang ada kat hutan itew.

Okayla lakonan dari Nas-T, Zizan, Miera Liyana, Sara Ali ngan sape ntah lagi sorang tu.

Citer ni anak aku layan la jugak. Boleh la untuk melepaskan batuk di tangga. pui-


Semalam, aku baru tengok Berani Punya Budak. Ini lagi la hazab! Sepanjang aku tengok movie yang dihasilkan oleh Encik Afdlin Shauki. Citer dia memang tak pernah menghancurkan hati aku ini. Tapi kali ni, aku rasa cam frust giler, hampa giler!.

Aku tengok separuh je. Aku mintak maaf banyak-banyak! Seyes memang citer ni tak lucu langsung. Aku cuba nak gelak. Tapi segala punca dan saraf gelak aku MATI.

Part yang paling frust ialah bila part yang diorang kat Thailand. Kenapa nak kene alih bahasa? Cakap je la Thai. Pastu buat subtittle. Adoiyai.

Aku nak mintak Afdlin repair balik citer tu leh tak? Segala dialog sumer? Frust la weyh! Sedey giler! Aku rasa nak nanges. Aku tak puas tengok citer ni.....aku cam dapat rasa jalan citer dia best tapi kenapa? kenapa? dan kenapa?

Argggghhhhhhh-



p/s: Last-last aku layan Transformes 3. =___=