OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, May 15, 2012

Restoran Zam-Zam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lamanya tak update belog. Sorry ye rakan-rakan. Hariku terlalu pack yang dipenuhi dengan kerja yang menimbun. Inilah akibatnya selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur selesai. Segala listing segala quotation segala invoice semua nak kene bagi settle.

Pengsan!

=___=

La ni dah lapang sket sebab segala listing dah settle. La ni nak buat invoice. Tapi memandangkan jam belom menunjukkan dua petang. Maka, aku boleh la update entry sket kat belog ni. Ini kisah aku makan kat Restoran Zam-Zam kat Seksyen 9, Shah Alam. Ada family gathering. Best! Hampir semua ada. Yang takde is Akif, Awie and Fathull. Nice la korang tak datang sebab aku leh tibai makan korang nye part.

Hahahahaa. . . .

Memandangkan kami semua ni ala-ala kelaparan . . . aku terlupa nak amek segala dish. Aku cuma sempat hamek gambar dessert jek. Tu pun aku tak tau apa nama dessert. Harrreem-

Ni sign board restoran tu. Agak besar jugaklah restoran ni. Bagi aku sangat cozy. Best.



Pastu ni dessert dia . . . diorang bagi dua dessert. Satu puding caramel. Lagi satu aku tak tau apa nama dia. Lupa plak nak tanya kat waiter yang muka cam Mr. Bean itew.



Sedaplah!. Ada rasa coklat. Ada badam. Kalau dapat tau nama dia, HARUS aku cuba dirumah *toink*toink*

Yang ini pulak ahli jemaah yang baru lepas mengisi perot!



Segala anak, segala menantu, segala cucu, segala cucu menantu dan segala cicit semua ada!. Nice. We should do this selalu. Tak makan kat restoran pun takpe . . . buat pot luck pun okey jugaks!.

Before I forgot, this is on my Abah's side. My hubby tak ikut. Ada job sket kat umah. Hohohoho.

Ini aktiviti budak berdua tu kat sitew.








Yang ini pulak segala tok, segala ibu, segala ayah, segala cucu dan cicit tengah makan . . .


Hasil dari sesi pemakanan aku dari pagi sampai ke tengahari . . .

Aku cirit birit sampai hari Isnin berikutnya!. Aku tak tau kat mana silap. Apa yang aku makan semua orang makan. My kiddos pun makan jugak. Malang bagi diri aku. Aku kene cirit birit. Nak makan malam tu pun, Encik Usben suapkan. Mekasih Encik Usben sebab menyuap saya makan, memicit segala kaki, segala belakang badan, segala perut dan handle bebudak.

Terima kasih jugak pada Encik Usni, Umi and Abah melayan kerenah budak berdua di kala aku cirit birit. Pasni, sila hati-hati dengan apa yang anda makan. Dang-

Okay, tammat sudah citer pasal Restoran Zam Zam. Nanti aku update lagi, citer-citer yang dah hampir basi. Opkos la kene citer. baru la blogger. Giler perasan!.

Daaaaa-