OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, May 17, 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak update resipi. Semalam satu resipi dah bagi. Arini nak bagi lagi satu. tapi sorry sesangat takde gambar. Sebab aku lupa nak amek gambor. Mak Jemah lupa Temah oooii!.

FYI, this recipie was made by me and made it special for those kids. So, kurang pedas! Nak pedas korang tambah la lagi cili padi.

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
1 biji kelapa (santan)
3 biji cili padi yang diketok.
2 batang serai yang diketok
1 batang lobak merah
1 biji kentang
1 biji bawang (potong lapan)
1 helai daun kunyit
2 cawan air
Garam

Cara-cara:

Lobak merah dengan kentang tu, ikut sukahati korang lah nak potong macam mana pon. Nak potong corak bintang pun boleh. Korang nak letak sebijik terus kat dalam tu pun boleh. Ikut korangnya selera lah. Dah settle segala potong memotong dan ketok mengetok. Korang campurkan semua bahan ke dalam periok kecuali santan.

Korang rebus bahan-bahan tersebut sampai empuk dulu, pastu baru masukkan santan dan garam. Rajin-rajin kan diri mengacau kuah tersebut ye, supaya santan tersebut tak naik kepala. Bukan santan tu naik atas kepala korang!. Kalau dah naik atas kepala korang, jadi ubat untuk kelemumur.

Bila dah nampak kuah tu cam mendidih, sila tutup api.

Siap!.

Abah aku tak suka aku letak lobak merah. Dia bising sebab mana ada orang buat masak lemak letak lobak merah. Itu pun nasib baik takde daun saderi kat umah aku, kalau ada dah lama aku letak. Miahahahaha.

p/s: hati masih lagi pasrah sebab tak dapat jenguk FB. Tak dapat aku nak share blog kat FB. Korang tolong share kan boleh? Thanks in advance.