OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, May 16, 2012

Chocolate Puding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah akibat kesibukan yang terlampau sampai kan last month nye story baru nak tepek kat sini. Mana taknya, from 27th of April til 6th May ritu aku sebok ngan Pesta Buku Antarabangsa. Lepas tu pulak sebok dengan buat listing bagai. Semalam baru dapat settle all of it. Today dah lapang sket. Alhamdulillah.

Hari ahad yang dah lepas-lepas. Aku try buat Chocolate Pudding. Jadi memang jadi tapi yang tak best nye, dia meruap sampai kluar dari tembok acuan aku. Damn.!

Apa lagi, berasap satu dapur sebab adunan pudding tu menitik kat dalam oven. Aiyooo!.

Aku dapat resipi dari Dr Ezani yang menang Masterchef tu. Korang leh singgah la kat sini.

Selamat Mencuba.

Ini hasil aku . . .


Ini terlebey masak . . . hohoho. Mungkin akan dicuba sekali lagi.

Bahan-bahan kek

2 cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
1 ½ sudu besar serbuk penaik (baking powder)
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu
1/2 cawan mentega/marjerin, dicairkan

Bahan-bahan sos

2 cawan gula perang
6 sudu besar serbuk koko
3 ¼ cawan air mendidih dicampurkan dengan 2 sudu besar serbuk kopi

Cara-cara

1) Panaskan ketuhar kepada 180°c.

2) Untuk adunan kek, campurkan tepung, gula kastor, koko, serbuk penaik (baking powder) dan garam bersama-sama. Tambah susu dan mentega/marjerin cair kepada bahan-bahan kering. Campurkan sehingga sebati. Tuang ke dalam dulang pembakar 9 inci.

3) Campurkan gula perang, serbuk koko, dan air mendidih sehingga gula dan koko larut. Tuangkan ke atas adunan kek. Bakar pada suhu 180°c selama kira-kira 45 minit atau hingga kek masak.

Aku masak terlebey masa . . . jadi atas kek tu cam chewy sket. So aku rasa better korang ikut timing yang Dr Ezani bagi.

Ritu chocolate torte aku tak berapa nak jadi, kali ni chocolate pudding plaks. Hmmm . . . aku harus berusaha lebey gigih lagi neyh!.