OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, February 17, 2012

Potty Training

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sesi potty training bermula untuk Cik Safiyyah Zaharah. Tapi aku boleh buat seminggu sekali je la camtu. Dia pun cakap tak berapa nak reti lagi. Jadi kene ajar slow-slow.

First time potty . . .

Cik Safiyyah kat kerusi meja makan. Aku plak tengah suapkan Cik Sakinah sarapan. Tiba-tiba . . .

Cucu: Ibu, tumpah . . .

Nenek: Apa yang tumpah?

Cucu: Tumpah . . .

Nenek pun bangun tengok . . . rupa-rupanya beliau dah menumpahkan 'air kencing' nya kat kerusi. Habes lencun kerusi . . .

=____=

****************************************************************
Second time potty . . .

Cik Safiyyah main-main, tetiba menyorok di belakang langsir. Okay, saat untuk beliau membuang air besar. On that day memang aku tak bagi dia pakai pampers. Dah semua orang kecoh suruh dia pakai pampers . . .

Mengamok terus Cik Safiyyah sebab orang ganggu sesi pengeraman . . . hohohoho. Terbantut Cik Safiyyah nak membuang . . .

Bila da terbantut . . . kenela pakaikan dia pampers tu pun dia mengamok sebab tak puas hati sebab tak dapat membuang dengan puas. Huh-

=____=

****************************************************************
Third time potty . . .

Aku da siap pesan kat dia nak kencing bagitau Nenek tak pun Ayah.

Ibu: Kakak, nanti kalau nak kencing, cakap ngan Nenek. Takpun kakak cakap ngan Ayah tau.

Anak: tak nak ibu.kakak taknak tencing.

Ibu: Ibu pesan je. Nanti nak kencing bagitau tau.

Anak: Tak nak ibu. Kakak taknak tencing.

Beberapa jam berlalu . . . aku kat office.

Cucu: Nenek, tumpah!

Nenek: Apa yang tumpah?

Nenek pun berlari tengok cucu kat bilik . . . rupanya Cucu da kencing . . .

=___=

***************************************************************
Hmmmm . . . inilah cabaran seorang Ibu, Nenek dan Ayah untuk mengajar si Anak a.k.a Cucu untuk potty training.

Kadang aku fikir nak biar je dulu, tunggu dia reti cakap betol-betol. Sebab sekarang ni pun dia tak berapa reti sangat cakap. Kadang aku rasa cakap ngan dia macam Malaysian talk to Foreigners yang tak reti cakap english. Pengsan!

Korang rasa camne erk? Ada pendapat tak? Sila bantu aku. Sebab aku memerlukan sedikit guidance . . .

p/s: Cik Safiyyah ni kalau nak poo dia akan cari satu port untuk ber'poo'. Port tu haruslah tiada orang lalu lalang contohnya belakang pintu bilik, belakang langsir & tepi meja makan . . .

ADIOS!