OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, February 1, 2012

Amekkaw!

"Hey! aku kata aku nak air. Apa lagi tercegat kat situ."

"Baik, bang."

Tiap-tiap hari ada sahaja jeritan dari rumah kelamin milik Watie dan Zul. Ada sahaja herdikan dari Zul buat Watie. Sepanjang perkahwinan mereka hanya herdikan, sepak dan terajang diberikan oleh Zul kepada Watie. Tiada lagi kata-kata kasih sayang seperti semasa mereka bercinta dahulu.

Tiga tahun dulu, sebelum berkahwin. Zul sanggup mengugut Watie yang dia akan bunuh diri jika Watie tidak berkahwin dengannya. Tapi kini lain pula jadinya. Kasihan Watie.

"Watie, Mak Bedah boleh tolong kau. Cuma kau nak dengan tak nak je."

"Tak mahulah mak Bedah. Tak berani saya nak buat benda tu."

******************************************************************
"Abang cakap dengan Watie, abang pergi jumpe betina tu lagi kan? Apa dah tak cukup lagi ke yang Watie bagi kat abang?"

"Hey! kau jangan kurang hajar dengan aku boleh tak? Sukahati aku lah nak pergi jumpa betina mana pun. Kau apa susah? Dah, pergi siapkan nasi. Aku nak makan, lapar ni."

"Tau pulak lapar." getus hati Watie.

******************************************************************
"Abang, Watie nak keluar kejap, abang tinggal rumah. Nanti tolong angkat kain kalau hari hujan."

"Okey."

Kini tiada lagi sepak terajang yang diterima oleh Watie. Zul kini bagaikan lembu yang dicucuk hidung, hasil dari bantuan Mak Bedah, si dukun kampung. Kebahagiaan yang dicari Watie selama ini kini miliknya. Kalau dahulu dia yang sebok di dapur. Kini, Zul yang mengambil alih. Watie cuma duduk goyang kaki di hadapan televisyen tak pun dia akan berjalan ke rumah-rumah jiran.

Suatu hari datanglah seorang tua ini meminta sedekah. Namun dengan bongkaknya Watie menyahkan peminta sedekah itu pergi dari rumahnya. Seminggu selepas itu, Watie merasakan gatal-gatal di tangannya. Kelihatan tangannya seperti melepuh terkena air panas gayanya.

"Abang, tolong Watie bang. Gatal ni. Apa nak buat ni?."

"Kita dah cuba macam-macam, Watie. Abang pun dah takde akal nak buat macam mana."

"Abang ni kan tak guna lah!.Huh!."

Malam itu Watie terasa badannya seperti panas satu macam. Badannya pulak timbul gatal-gatal kemerah-merahan. Tergaru-garu Watie malam itu. Tidak lena tidur dibuatnya. Tiba-tiba dia terasa dadanya macam sesak. Dia cuba mengejutkan Zul, namun Zul tidak pula terjaga.

Matilah Watie dalam keadaan yang amat azab sekali tanpa pengetahuan Zul. Zul lena bagai diulit intan.



p/s: sejahat mana pun suami kita tak perlulah disihirkan . . . ada cara lain yang lebih afdhal lagi untuk mengubah si suami. Wallahualam.


Wassalam.

2 comments:

  1. Erk.. tak cium bau syurga buat suami mcm tukan...

    ReplyDelete
  2. yup.semoga kita dijauhi sifat dan sikap camtu.

    ReplyDelete