OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 20, 2012

Chocolate Torte

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Isnin. Always Monday Blues **sigh**

Semalam aku tryla nak buat Chocolate Torte . . . tapi sayang. Lain dibayang dan ditengok kat internet, lain yang jadi ke aku . . .

=___=

Tapi tu la aku lupa nak amek gambar apa yang jadi kat kek aku . . . sedey

=___=

Kek aku membuak-buak keluar dari acuan . . . da macam gunung berapi da. Ini first time in my life buat kek. Kek jadi membuak-buak sebegitu rupa . . .

Aku tak pasti kenapa dia jadi macam tu . . .

Sepatutnya Chocolate Torte aku jadi camni . . .



Ni tak . . . da macam rupa larva yang keluar dari gunung berapi. Menyesal pulak tak amek gambar kek aku. Mesti korang terkejut. Takpelah korang bayangkan je la . . .

=___=

Takpe nanti aku nak cuba lagi . . .

Ni resipi dia . . .

Bahan-bahan:

226 gram butter
226 gram bittersweet cooking chocolate
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telor yang diasingkan kuning dan putih
1 sudu kecil tartar krim (korang boleh beli kat pasar raya atau kedai Bagus.)

Cara-cara:

1. Panaskan oven 117 darjah celsius.

2. Telor harus dikeluarkan dari peti ais. Asingkan telor putih dan kuning. Pastu rehatkan dalam 30 minit.

3. Cairkan butter dan chocolate (double boiler) - kalau takde double boiler, korang guna je la microwave, cairkan dalam seminit dua. kacau sebati secara perlahan. Letak tepi.

4. Pastu pukul telor kuning ngan baki 1/2 cawan gula. Pukul sampai naik. Adunan tu jadi berkrim dan bertukar kaler lemon. Lepas tu kalau korang biarkan, dia jadi cam turun sedikit.

5. Pastu campurkan adunan coklat ke dalam adunan telor kuning.

6. Pukul putih telor dengan kelajuan tinggi. Biler dah jadi 'soft peak' masukkan krim of tartar. Pukul lagi. Pastu masukkan 1/2 cawan gula dan pukul sampai jadi 'peak'. Nak tau jadi ke tak jadi telor putih tu, cube korang terbalik kan mangkuk tu pastu kira 1 sampai 10. Kalau tak jatuh tu, jadi la . . . Ada berani?

7. Kemudian masukkan separuh putih telor dan kaup balikkan. Kemudian masukkan lagi baki telor putih dan kaup balikkan.

8. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 50 - 60 minit . . .

Korang cuba la . . . kalau kek korang tak jadi gunung berapi cam aku, maknanya korang terer dari aku. Hahahahaa . . .pelik tol la aku nye kek jadi larva kek pulak . . . Hmmmmm. Nak buat semula la camni. Tak pueh hati den!

Selamat Mencuba!

p/s: sok aku 29, ada sape-sape nak banje aku kek tak?

2 comments:

  1. Happy Birthday...

    May Allah bless you always... Mintaklah en husben yg belanja kek :)

    ReplyDelete
  2. thanks kak mar!....xmo ar mintak nak seperais.hahahaha

    ReplyDelete