OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 13, 2012

Sumpahan Kum Kum

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Isnin. Aku mengantok giler arini gara-gara Cik Bobot tak lena tido malam tadi. Panas agaknya. Sebab bila aku sapukan air kat rambut dia, dia terus lena tido. Kesian anak ibu.

Arini nak share pasal movie Sumpahan Kum Kum.




Sumpahan Kum Kum ni mengenai seorang gadis yang berwajah sedikit hodoh dan tak reti bersyukur yang kau dah ada muka yang okey cuma ada jerawat batu je. Nama gadis ni Milah. Disebabkan tak reti nak bersabar dengan ujian yang Allah berikan kat dia, maka dia telah bertemu dengan Mak Som untuk membuatkan wajahnya cantik semula. Bodo punya pompuan.

Selepas menjalani aktiviti khurafat dengan Mak Som, maka cantiklah wajah si Milah dengan bantuan syaitonirojim!. Mak Som dah bagi si Milah ni syarat jangan tengok cermin selama 44 hari. 44 hari kan? ntahla aku tak amek port benda-benda nih. Tapi memandangkan sifat dan sikap manusia yang tak reti nak sabar, jadi si Milah yang bangang ni pun pegilah tengok wajah dia kat cermin. Apa lagi, hodoh la balik muka dia. Padan muka ko!.

Disebabkan kemaluan yang teramat sangat sebab mukanya kembali hodoh. Milah pergila jumpa Mak Som dan tanya apa cara untuk mencantikkan wajahnya semula. Mak Som kata dah takde cara melainkan minum darah dari 9 orang gadis sunti. Mak Som cabar si Milah. Kalau ko berani ko buatlah. Memandangkan diri sudah dihasut syaitonnirojim, Milah menerima cabaran Mak Som. Yang paling bodoh perbuatan si Milah ni, ialah, dengan bijaksananya, si Milah telah memilih anak dara sunti Mak Som sebagai mangsa pertama. Bodo nye Milah. Sah-sahla Mak Som tau saper yang bunuh anak dia. Bengong. Hasil dari kebodohan Milah, Mak Som bunuh Milah dan dari situlah bermulanya sumpahan kum kum. Sebab si Milah ni bersumpah akan membunuh semua anak perempuan yang pertama dalam keturunan Mak Som.

Gila ke apa, ko dah mati sebok nak bersumpah bagai. Jadilah si Milah Hantu Kum Kum sebab nak balas dendam. Dari sini lah bermulanya sesi pembalasan dendam Kum Kum. Patut movie ni letak title Dendam Si Kum Kum. Hahahahaha . . .

Tapi, inilah movie pertama hantu yang orang baik menang. Kalau tak tu selalu je Hantu menang. Tak best langsung. Tapi jalan citer dia agak perlahan dan menyebabkan aku terlelap sebentar. Hahahahaha. As always aku kan kaki tido. Seb baik Encik Usben tolong kejutkan kalau tak sah-sah aku bantai tido sampai abes citer. Miahahahaha.

Malam itu aku tido dalam sedikit ketakutan, sebab sampai nak pegi toilet pun takut. Hahahahaha. Takut okey. Nape ntah. Tapi takotlah. Hohohoho . . .

Okaylah, tu je citer untuk minggu ni. Hmmm, aritu aku janji nak share pasal kegemaran Encik Usben kan, lupa plak . . . later la I will share it with you.

Chow!.