OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, November 29, 2011

Triffle

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Camner hujung minggu yang baru lepas ni? Santai bukan? Mana taknye dekat empat hari cuti. Sronot woh!. Saper yang cuti sket tu . . . padan le ngan muke korang. Hik Hik Hik.

Resepi minggu ini . . . .

Puding triffle . . . puding la sangat.

Bahan - bahan :

2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
2 biji kuning telor
4 cawan susu (nespray)
Twiggies or Swiss roll
Fruit Cocktail
Peach

Agar -agar (jika mahu)
1 Peket Agar-agar Konyaku
150 gm gula
300 ml air

Cara - cara :

1. Aturkan twiggies atau swiss roll dalam bekas seperti di bawah ini.




2. Korang campurkan gula dan tepung jagung. Kemudian masukkan kuning telor dengan air susu. Kacau sebati. Pastu masak atas api sampai sedikit pekat.

Sementara itu . . . .

3. Didalam periuk yang berlainan, korang masakkan agar-agar konyaku bersama dengan gula dan air. Masak sampai pekat.

4. Bila agar da pekat. Sila tuangkan agar tersebut kat atas swiss roll tersebut seperti ini . . .



5. Lepas da letak agar-agar, korang letak le fruit cocktail. Aku tak beli peach sebab lupe. Hehehehe

6. Kemudian korang boleh tuangkan adunan kastard (2) pulak. Seperti di bawah ini . . .



Korang boleh buat banyak lapisan kalau nak. Sukati. korang nak letak buah durian pun boleh. Sukati. Aku tak kisah. Ikutla kekreatifan korang. Siap!.

Selamat Mencuba!


p/s: korang tukar la pewarna agar-agar tu. jangan ikut aku pakai kaler merah. aku suka merah, aku letak le kaler merah.


ADIOS!