OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, November 16, 2011

Apple Crumble

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Seperti yang dijanjikan . . . . resipi sampai dah!. Aku memaksa diri pagi tadi dikala sedang sibuk meng'save'kan segala gambar kat dalam thumbdrive. Hahahaha . . .

Berhubung dengan tajuk di atas . . .

Kita semua memerlukan bahan-bahan seperti di bawah . . . .

3 biji apple hijau (dibuang kulit dan dipotong dadu)
75 gram butter
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu serbuk kayu manis
1 cawan tepung gandum

Dah siap bahan-bahan, jom kita masak . . . .

First skali, korang kopek kulit apple dan apple tersebut dipotong dadu. Letak dalam kuali non-stick. Kalau takde non-stick pun takpe. Pakai jela kuali pe yang ada. Masukkan gula perang dan serbuk kayu manis. Masak selama 1/2 jam. Kene kacau yea, jangan biar pulak . . . kang hangus!. Kalau hangus korang masak le balik. Guna api kecik je.

Nanti korang akan bau apple tu macam jem nenas untuk buat tart tu . . . .

Dah lepas setengah jam, korang tutup api. Biarkan sejuk.

Lepas kita buat crumble dia pulak. Korang campurkan tepung gandum, gula pasir dan butter. Karung gaul atau uli dengan tangan sampai jadi macam serbuk roti.

Dah settle crumble, masukkan apple kat dalam bekas. Aku ritu letak kat dalam paper cup muffin yang kaler coklat yang keras tu. Pastu masukkan crumble tu pulak. Dah siap, korang bakar apple crumble tu selama 30 minit dengan suhu 150 darjah celcius.

Siap!. Sedap woh-

Nak lagi sedap makan ngan eskem!

Jom layan gambar apple crumble aku tapi takde eskem la . . . .







p/s: Kak Marya nanti cube yea!


ADIOS!