OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, November 11, 2011

sebelas haribulan sebelas dua ribu sebelas

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat. Salam Ceria!. Aku sedikit keletihan hari ini. Apa sebab? Nanti aku post next entry, ok? Itu pun kalau aku ingat. Hehehehe . . . .

Semalam aku cuti lagi. Sebab Nanny Cik Bobot kurang sihat lagi. So, semalam hari bersama keluarga. Dan semalam jugaklah genap Cik Bebet 2 tahun 6 bulan dan Cik Bobot pulak 1 tahun 2 bulan.

Cik Bobot agak meragam semalam. Nak dukung saje. Pastu sebok nak korek mata aku. Tak bagi nanges. Adoila anak anak. Macam macam peel. Tapi takpe itu semua akan dijadikan suatu memori yang manis untuk ibu. I like~

Cik Bebet sekarang ni pandai apa yea . . . . dah pandai pakai seluar sendiri cuma tak lepas bahagian punggung sebab pampers. Hehehehe . . . Bila la Ibu nak ajar awak pee pee sendiri yea. Ingat nak ajar every weekend. Tapi bulan ni weekend penoh dengan kenduri kendara dan sesi membuat apamlicious!.

Cik Bebet dah boleh ajuk dan tiru apa yang si Upin Ipin cakap. Lagi lagi biler tengah tengok citer Upin Ipin atau Kelab Upin Ipin. Masa ni aku terbayang waktu aku kecik kecik dulu. . .sebab aku dulu waktu kecik kecik suka tiru dialog P.Ramlee dalam citer Pendekar Bujang Lapok. Hahahaaha. . . . so sweet. Perasan!

Cik Bobot pulak dah pandai sebut Bird. Fish. Ma (instead of Ibu). Gigi dah tumbuh lagi dua batang. Gigi geraham. Gigi depan masih lagi enam batang. Empat batang di atas dan dua batang di bawah.

Beliau sekarang ini sangat suka membuat aksi tattoo kat kereta dia. Allahuakhbar. Tak padan dengan pompuan!. Aksi panjat memanjat sangatlah digemari!. Tapi biler jatuh, sepelaung boleh dengar sore beliau. Huh!. Pengsan!.

Tapi, satu je yang aku cam susah hati sket . . . badan Cik Bobot cam makin slim la pulak . . . risau la pulak. Nak kata tak kuat makan, dia kuat makan. Nak kata tak kuat nyusu, BM dia minum. FM pun dia minum. Milo pun dia minum. Kenapa yea? Takut kang biler pegi check next month, problem pulak kat weight dia . . . harap harap tak la kan.

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang sebaik-baiknye kepada anak anak aku. Amin.

Ada gambo latest, tapi takde dalam simpanan di office. Sebab sekarang ni, aku kat office. Gambo kat umah. Hehehehe . . . maka, nanti aku upload gambo baru diorang lagik.

p/s: tak sabar tunggu kawan aku bersalin. Harap harap she will be okay and deliver her son a little while. I'm praying for you dear!.


ADIOS!