OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, November 16, 2011

Beef Stick ala Bujang Lapok

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Lagi satu resipi mari . . . Nah, hamek!. Dah amek pensil or pen? Tak pun korang print je la . . . abes citer. Hehehehe . . . .

Biler dah terlalu banyak daging korban kat dalam peti ais tu maka kita haruslah menggunakannya dan memakannya sebaik mungkin. Jadi aku, Encik Usben dan Encik Alwi bercadang masak memasak di dapor sebelum menonton AIM 18.

Bahan yang diperlukan untuk menyediakan daging . . . .

Daging (dihiris nipis)
Sos tiram
Sos Lea & Perrins . . . kalau nak wenchester sos pun boley
Lada hitam
Garam
Gula
3 ulas bawang putih (chop chop)

*memandangkan ianya adalah sesi campak mencampak, maka biler korang nak masak korang agak-agak la sendiri. Ianya bergantung kepada kuantiti daging yang korang gunakan . . . .

Perkara paling penting sekali, korang kene perap daging tu selama 30 minit atau sejam dengan semua bahan-bahan kat atas tu. Dah lepas sejam, korang masak je la daging tu kat atas kuali. Tak kisahla kuali non stick ke, kuali stick ke. Sukatilah!.

Untuk makanan tambahan, korang boleh buat sup cendawan, fries, mashed potatoes, coleslaw atau fried onion ring.

Aku malam tu makan dengan sup cendawan ngan fries je. Tapi, sup cendawan tu tak jadi . . . tak sedap!. Tension.

Untuk sos aku beli Blackpepper sauce ngan Extra Hot Peri Peri Nando's Sos.

Inilah hasil tangkapan kitorang!.


 Ini aku punye!


Ini Encik Usben punye!

p/s: cam nak buat lagi . . . .

ADIOS!