OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Sunday, November 27, 2011

Salam Muharram

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Macam tak percaya je. Masa begitu pantas berlalu. Ada yang maju kehadapan. Ada yang maju kehidupan. Ada yang masih begitu. Ada yang jatuh. Adat dalam kehidupan, jatuh dan bangun. Semoga apa yang terjadi, menjadi satu tauladan dan ikhtibar.

Salam Muharram untuk semua.

Semoga di tahun yang baru kita punya tekad baru. Azam baru. Semoga kehidupan kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Semoga Allah merahmati kita untuk kesekian kalinya.

Demi masa, demi Allah, semoga kita semua menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati. InsyaAllah. Untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan, semoga kita punya lebih masa untuk beramal dan beribadat kepada Allah. Amin.

Demi Mu Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, Kau tetapkanlah hatiku untuk sentiasa beriman dan beramal soleh kepada Mu. Jangan Kau tutup pintu hati ku daripada beriman kepada Mu. Kau jauhilah aku dari sifat-sifat yang melalaikan aku dengan suruhan Mu. Amin.

بسم الله الرحمن الرحيم

 
By time,


Indeed, mankind is in loss,


Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.
 
Surah Al-Asr
Apa azam aku? Biarlah ianya tersemat di hati sebab ada azam yang tahun ni pun ada yang aku tak sempat nak capai lagi . . .  huhuhuhu. Makanya, aku simpan sorang je lah azam aku. Hehehehe . . . .

p/s: azam yang tak tercapai lagi banyak dari yang tercapai. derggghhh!

ADIOS!