OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, November 2, 2011

Solat Wajib dan Hukum Meninggalkannya

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Tazkirah hari ini tentang Solat. Hmmmm, aku tau ramai yang tahu pasal ni tapi ramai cam tak amek kisah. Dan aku jugak kadang kadang begitu. Rongak sini sana. Namun, WAJIB pulang ke pangkal jalan. Mohon taubat dan keampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga entry kali ini dapat menjadikan kita muslim dan muslimah sejati. InsyaAllah . . .

Dalam banyak banyak ibadah yang diwajibkan dalam Islam, SOLAT la yang paling PENTING!. Solat adalah tiang agama. Sama macam tiang rumah, kalau tak cukup tiang, kan roboh rumah tu. Camtu la manusia, jika tiang tu tak cukup, roboh la kita. Tapi takdela roboh cam rumah tu . . . .kan. Ini kerana . . . ibadah yang mula-mula sekali akan ditimbang atau dihisab ialah SOLAT. If solat seseorang itu cantik, beres, betul, cukup dan sempurna, MAKA besarlah harapan ibadah-ibadah lain akan diterima.

Baginda Rasululllah s.a.w bersabda, maksudnya . . .

"Sesiapa memelihara solat, maka ia dimuliakan oleh Allah dengan lima perkara, yakni: Allah menghilangkan kesusahan hidupnya; Allah melenyapkan azab kuburnya; Allah menyerahkan buku catatan amalnya dengan tangan kananNya; melalui jambatan (sirat) dengan laju; dan masuk syurga tanpa perhisaban"
dan

"Sesiapa tidak mengambil berat dengan solat, maka Allah akan mengazabnya dengan 15 macam azab. Enam daripadanya ketika di dunia; tiga ketika mati; tiga ketika dimasukkan ke liang lahad; dan tiga lagi ketika berjumpa dengan Allah (pada hari kiamat"
Azab ketika di dunia . . .

Dicabut berkat dari usianya; Dihapuskan tanda orang soleh dari wajahnya; tidak beroleh pahala dari setiap amalanya; tidak diangkat doanya ke langit; tidak beroleh doa dari orang soleh; dan dicabut rohnya dalam keadaan tidak beriman . . . .

Azab ketika maut . . .

Ia mati dalam keadaan terhina; Ia mati dalam keadaan lapar; Ia mati dalam keadaan haus; dan sekiranya diberikan kepada seluruh laut dunia nescaya tidak memuaskannya . . . .

Azab ketika di dalam kubur . . .

Allah menjadikan kuburnya sempit hingga bersatu tulang rusuknya; tubuhnya terpanggang di atas bara api siang dan malam; dalam kuburnya ia ditemani ular yang bernama Suja' Al Aqra yang berterusan menerkamnya kerana meninggalkan solat . . . .

Azab ketika bertemu Allah . . .

Sebaik sahaja langit terbuka maka malaikat pun datang kepadanya sambil membawa rantai yang panjangnya tujuh hasta (ce ukur panjang tak panjang . . .). Rantai itu akan digantung kat tengkuk, kemudian dimasukkan ke dalam mulut dan dikeluarkan dari dubur (hamek . . . sesungguh amat menyeksakan). Kemudian, malaikat itu pun memberitahu: Inilah balasan orang yang suka meremehkan perintah Allah.




Morale of the story, orang yang suka meninggalkan solat akan mendapat kutukan ketika hidup di dunia dan selepas mati.

So, ingatan ini untuk aku. Keluarga aku. Dan jugak korang. Kita HARUS saling ingat mengingati. Supaya kita sama-sama mendapat hasilnya. Okey.

p/s: Ya, Allah Ya Tuhanku, Ya Rabb, kau ampunilah segala dosa hambamu ini. Kerana hambamu ini kadang alpa dan lalai melaksanakan perintahMu. Ampunilah aku wahai Pencipta ku. Amin.

ADIOS!