OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 22, 2013

Masuk TV laaarrr!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat? Alhamdulillah.

Cam tak caya je Uitm, Lendu masuk tv. Hehehehe. Tapi tapi tapi...masuk tv bukan sebab banyak student deanlist! Tapi masuk tv sebab banyak student balik umah. Kenapa balik umah? Sebab berlaku nya sesi histeria di sana.



Hmmm....

Sepanjang aku belajar kat sana dulu. Memang ada je sesi histeria ni. Lagi-lagi nak dekat waktu exam. Selalu sesi histeria ni akan berlaku semasa waktu Maghrib.

Waktu Maghrib kan waktu 'siang' dia. Yang kita manusia ni tak payah lah nak terkinja-kinja, terjerit-jerit, tergelak-gelak waktu Maghrib. Kalau yang pasang radio tu bawak-bawaklah off radio waktu Maghrib unless korang nak pasang zikir.

Mana yang ada KO-KO tu kalau boleh tu sebelum senja tu dah boleh balik. Masa balik tu pun tak payah la nak melencong sana sini. Terus pulang ke hostel. Ni tak ada yang nak lepak kat cafe jap lah. Nak lepak court tenis lah (ada lagi ke court tenis) :p

Dengar cakap MPP dengan YDP Kolej. Kalau diorang kata makesure 7 malam korang dah ada kat bilik. 7 malam la korang dah ada kat bilik! So, listen, listen, listen what are they told you to do! Kita ni menumpang kat situ. Bukan penduduk tetap kat situ. Understand? So, buat cara menumpang dengan penuh sopan santun. Ada faham?

Untuk ketua-ketua level every kolej, buat bacaan Yassin every Friday night. Buatkan majlis bacaan yassin as sesuatu yang compulsary every level, lepas tu berdoa pada Yang Maha Esa lindungi korang dari gangguan syaitan yang direjam. InsyaAllah, semuanya akan selamat.

Alhamdulillah, semasa aku belajar dulu...level aku tiap-tiap minggu buat bacaan yassin. Alhamdulillah, takde sorang pun budak-budak level aku kene histeria. Jaga adab, jaga tertib, jaga tingkah laku, jaga percakapan dan jaga kebersihan tandas dan bilik serta level.

Ingat Allah yang lebih berkuasa dari 'dia'. Dia pun makhluk Allah juga. Tak perlu takut sangat pada dia, dan tak perlu juga berani sangat. Jadi diri kita sendiri berani + takut = normal. Okay?

Aku doakan student yang kene histeria tu pulih semula dan semangatnya pulih semula seperti biasa. InsyaAllah. Dekatkan diri pada Allah. Jangan terlalu leka dan alpa. Okay?

Lagi sekali pesanan buat korang-korang student, YDP dan MPP Uitm, Lendu:

Buat bacaan Yassin tiap-tiap hari untuk masa terdekat ni. Banyakkan pasang alunan zikir kat radio instead of lagu-lagu yang lagha. Bila keadaan dah kembali pulih, pastikan setiap level buat bacaan Yassin setiap Khamis malam Jumaat. Jadikan ianya kebiasaan. Dapat tambah pahala dan eratkan silaturrahim.

Ok. Bai-