OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, September 6, 2011

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entri yang ketiga untuk arini. Pantas pulak arini aku menaip. Dahla jari telunjuk aku baru je lepas tersepit semalam kat pintu opis. Sakit wooooo!.

Memandang kerajinan aku terlebey. Maka, aku nak kongsi a.k.a share ngan korang resipi spageti bolognese chepah style!. Mestila aku punya style, klu Sheila Rusly nye style, aku letakla nama dia. Takde kene mengena. . .Huh!.

Bahan-bahan:

1 botol sos spageti Prego. (sukati koranglah nak letak perasa apa pun)
1 paket spageti (dicelur)
1 paket daging cincang
1 sudu cili boh (nak pedas letak lebey)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (diracik halus)
1 biji capsicum (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 batang saleri (dihiris serong sukati korangla nak potong tebal mana)
1 brokoli. . .(brokoli apa penjodoh bilangan dia? aku tak taula)
1 tin cendawang butang Ayam Brand (dihirs nipis)
2 biji tomato (dibelah lapan)
garam
gula
mixed herbs
lada hitam

Cara-cara:

Tumis bawang putih dengan cili boh hingga naik bau. Masukkan daging dan bawang. Masak sampai kering air daging. Masukkan sos spageti  Prego. Kalau rasa macam nak berkuah, korang tambah la air. Disebabkan family aku suka berkuah maka aku tambah air satu botol Prego tu.

Pastu, korang masukkan capsicum, lobak merah, tomato, saleri. brokoli, cendawan butang, garam, gula, mixed herbs ngan lada hitam. Kacau sebati. Sementara nak tunggu kuah tu mendidih, korang rebus le spageti tu.

Korang rebus spageti tu dengan air yang dicampur dengan minyak dan garam.

Selesai!



Mudahkan? Aku punya resipi memang senang betol. Tak leceh. Korang balik keje pukul 5 petang pun, masih boleh lagi buat spageti. Hebatkan? ? ?

p/s: nak lagi sedap korang tambah kan serbuk spageti bolognese Maggi. sedap, sedap, sedap!


ADIOS!