OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, August 6, 2012

Papaya Fried Rice

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Hola peeps!

Resipi kali ini ada kene mengena dengan budak berdua itew. Sedap ke? Entah aku tak rasa. Sebab posa kan? Nanti bila bukan bulan posa aku buat semula pastu aku rasa.

Tapi apa yang pasti budak berdua ni makan okey je. Hehehehe.

Ibu masak. Mesti la sedap kan? Hahahaha.

Bahan-bahan.

Kuantiti adalah untuk dua orang kanak-kanak.

2 mangkuk nasi
1/4 biji bawang besar (didadukan)
1 ulas bawang putih (chopped)
10 ekor ikan bilis (disangai & ditumbuk)
1/2 biji cili hijau (dihiris)
2 sudu besar betik (didadukan halus)
1/2 biji lobak merah (didadukan)
1 biji telor
Garam
Lada Sulah
Sos tiram

Cara-cara:

1. Buat apa yang korang patut buat kat bahan-bahan tu.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili, betik dan lobak merah. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan sos tiram. Kacau seketika. Pastu masukkan telor.

4. Masukkan nasi. Kacau sebati. Masukkan lada sulah dan garam.

Siap!.

Aku akan buat nasi ni bila budak berdua tu skip diorangnya poo poo.

Inilah hasilnya.




Tak yah la nak terliur dengan nasi goreng ni. Nasi goreng biasa je pong!.

Gagagagaga.