OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, August 16, 2012

Curi Curi Suka

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Novel terakhir sebelum masuk bulan Syawal.Gagagaga. Curi-curi suka. Hasil nukilan Liyana Zahim. Si budak kecik molek dengan kaki panjang.

*me already read your blog* ;p nice blog though

uols boleh singgah kat sini untuk membacainya pun kan ter ber

Okep dah lari tajuk. Novel kali ni agak ringan. Perjalanan cerita pun berjalan dengan lancar. Aku tak reti nak bagi bintang-bintang bagai. Tapi untuk novel kali ini is berjaya membuat aku tersenyum tika membacanya. Hehehe.

Aku suka novel yang boleh membuat readers menangis, ketawa dan tersenyum seperti kerang busuk. Apatah lagi bila baca kat opis yang menyebabkan opismate pandang menggunakan ekor mata dan berkata apa kene dengan budak ni? senyum cam kerang busuk. kalau boleh rebus takpe jugak.

Novel Curi-curi Suka ni mengisahkan tentang Wisya yang dihalau oleh ibu kandung dan dipinggirkan oleh kakak kandung. Hiduplah dia sebatang kara sehingga dia berkenalan dengan Ezroy, Ezril dan Daniel.

Ezroy si hati batu tapi meminati Wisya dalam diam. Ezril si pemurah hati pun meminati Wisya. Daniel si mat saleh pun meminati Wisya. Wah! hebat ko Wisya, sampai 3 jejaka meminati kat ko. Apa ko ada? Sesuatu yang tiada kat pompuan lain. Jinak-jinak merpati.

Yang mana satu menjadi idaman hati Wisya dan pilihan hati Wisya?

Dan apa yang terjadi pada Wisya, Ezroy, Ezril dengan Daniel? Hehehe. Baca la weyh.

*bukanbodekliyanazahimsebabkalaubodekpunakutakdapatapapun* ;p

Pekata korang pegi singgah MPH ke, Popular ke tak pun Kinokuniya ke. Pegi beli.

Harga murah je . . . RM21.00. Hehehe.



Ok.bai.

Selamat Menyambut Lebaran.