OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 21, 2011

Pulut Panggang Moden ala Chepah

Korang mesti terkejut nye biler pulut panggang moden...
mana taknya aku bungkus pulut panggang aku guna 
aluminum foil bukannyer guna daun pisang. 
Mana nak cari kalau idea datang tetengah hari bute. 
-__-!

Bahan-Bahan:

Pulut
1 biji kelapa (santan)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
daun pisang

Inti: (buat sama macam inti cucur badak)
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai
sedikit air
garam dan gula

Cara-cara:
  1. Pulut tu seelok-eloknya korang rendam semalaman...tapi kalau idea datang tetiba cam aku ni...korang rendam le sejam dua. pastu korang masak pulut tu cam masak nasi. korang masukkan santan, garam dan daun pandan. TAPI air santan WAJIB sama paras ngan pulut! garam tu jangan banyak sangat nanti MASIN pulut korang tu. garam tu nak bagi rasa lemak pada santan jek!
  2. Inti plak korang buat macam korang buat inti cucur badak. nak pedas tambah lagi cili. ikut selera korang le...
  3. Korang layur kan daun pisang. kalau takde daun pisang, korang gune la aluminum foil cam aku. beza dia pulut panggang kita kureng wangi jek. sebab wangi dari daun pisang tu xde. damn!
  4. Ratakan pulut atas daun pisang @ aluminum foil. Jangan letak manyak sangat pulut nanti gemoks! tak santek. Pastu letakla inti. ikutla berapa banyak korang nak letak....
  5. Korang bungkus pulut tu mcm orang JEPUN buat sushi. Pernah tengok orang buat sushi tak? agak-agakla buat...ikut imaginasi masing-masing...hehehehe (teruk punye tukang masak!)
  6. Buat sampai habis pulut dan kelapa...pastu bakarle.
dan inilah hasilnya.....

PULUT PANGGANG MODEN!