OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, February 17, 2011

D.O.N.U.T

Hari minggu aritu aku buat DONUT...
First time wat donut. 
Perrrggghhh! 
Masa buat tu risau gaks kalau doh aku tak naik...
hahahaha 
jadi CEKODOK DONUT la jawab nyer....

DONUT ala CHEPAH

 Bahan-bahan:

1 peket (11gm) yis mauripan (direndam ngan air suam + secubit gula)
1 1/2 sudu besar mentega
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecik gula
2 sudu besar susu
1/2 cawan gula halus
sedikit garam

Cara-cara:

Mula-mula korang rendam yis ngan air panas yang dicampur ngan secubit gula. Biarkan je sampai berbuih.
Sementara nak tunggu yis tu berbuih korang leh prepare tepung. Korang masukkan tepung gandum, serbuk penaik, gula ngan garam...letak tepi.

Tengok yis da berbuih ke belum...kalau belum xpelah. biar je. Pastu korang cairkan mentega, biarkan dia sejuk sket. kalau tak sejuk camner korang nak gaul ngan tepung kang ada yang melecur plaks tangan.

Biler yis dah berbuih...korang masukkan mentega dalam tepung. Pastu masukkan susu. Last sekali masukkan yis. sikit demi sedikit. Korang uli sampai jadi doh.

Biler da jadi doh tutup doh tu dengan kain lembap atau plastic wrapper. Biarkan dalam 15minit. Kalau lepas 15minit tak naik...korang tunggu la dalam 1/2 jam...kalau tak naik jugak something wrong ngan korang nyer doh....huhuhuhuhu. Jawabnyer jadi CEKODOK DONUT le...

Lepas 15 minit, doh da naik, korang tumbuk doh tu. Perrgghhh! best gak la waktu tumbuk doh ni. Hahaahhahaa!

Lepas tu korang bentukkan le donut tu macam donut. Lepas tu goreng le. Lepas goreng korang salut le donut tu ngan gula halus.

Selamat Mencuba.

Model Donut ala Chepah

p/s: model ni bukan saje suka makan DONUT tapi suka layan citer DONUT...walaweyh!