OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 21, 2011

Cucur Badak

ari sabtu yang penoh ngan aktiviti...
eh! ye ke.
rasa sabtu ni aku cam relax jek.hahahaha...
Encik Usben je sebok. 
Sebok ngan cuci kete dia. 
dekat setengah hari dia dok ngadap kete dia. 
hahahahaha.

sebagai upah dia membersihkan kete dia aku pun buatkan cucur badak untuk Encik Usben.

untuk buat cucur badak...kite memerlukan bahan yang paling utama. 
iaitu Encik Keledek.

korang kene rebus Encik Keledek ni sampi empuk dan lembut 
supaya mudah untuk melenyek Encik Keledek.

Bahan-Bahan:

Ubi keledek
1 biji kelapa parut
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering
5 batang serai
tepung gandum
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. rebus ubi keledek sampai empuk dan lembut.selepas lembut kupas kulit dan lumatkan ubi keledek.
  2. selepas ubi dah dilumatkan, letak garam sket. lepas masukkan garam korang masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.supaya adunan jadi macam doh.tapi jangan lebih tepung nanti tak sedap and keras.
  3. letak tepi doh tu. skang ni korang masak pulak inti dia.
  4. mula-mula, korang blend cili, serai, bawang merah, bawang putih dan udang kering. lepas da blend. korang tumis bahan-bahan tu sampai naik bau.pastu masukkan kelapa parut. gaul sebati.masukkan sedikit air dalam sesudu dua dan juga masukkan garam dan gula. pastu masak smpi kering. tapi jangan sampai hangit.
  5. biarkan inti.biler inti da sejuk.korang leh buat cucur badak.
Inila hasilnya.....

inti

cucur badak sebelum digoreng

hasilnya....hehehee

ayat cliche aku...Selamat Mencuba!

p/s: First time ni buat cucur badak...hehehe sronot biler jadi.cayalah!

No comments:

Post a Comment