OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, February 11, 2011

M.A.A.F

Entri arini nak cakap pasal perkataan MAAF.

Aku tau purata hampir semua manusia atas muka bumi ini AGAK SUKAR untuk mengucapkan perkataan MAAF. Kenapa? Aku sendiri pun tiada jawapannya. Sebab kadang-kadang aku pun cam payah gak nak ucapkan perkataan MAAF. Tapi ada masa aku mudah untuk mengatakannya. 
Kenapa? 
Ntahlah.... 
Tapi sejak aku jadi seorang ibu ni aku mudah mengatakan perkataan MAAF dan mudah MEMAAFKAN....
hmmm,ye ke? 
(^ ^)v

MEMOHON KEMAAFAN...

Kalau melalui pembacaan agak mudah untuk menyebutnya tapi cuba kalau ada buat KESALAHAN...korang rasa agak mudah ke nak MEMOHON KEMAAFAN? cam payah je kan? kan? disebabkan apa? 
EGO! EGOISM!
Inilah kelemahan manusia, ada yang terlalu mementingkan KEEGOAN.terlalu EGOIS. Egoism sukar nak dileraikan dari SIKAP manusia...melainkan manusia tersebut ingin mengubah SIKAP EGOISM mereka. 
Takde jatuhnya MARTABAT korang di mata Allah jika memohon kemaafan. 
Allah lagi suka orang yang memohon kemaafan. Lagi-lagi mohon kemaafan dari Dia.

Oleh itu, apa kata mulai hari ini kita semua buangkan sedikit sikap EGO tu dari diri kita. 
Supaya kita lebih cantik di pandangan Allah dan orang lain.

MEMAAFKAN...

Ni pun satu masalah lagi...tadi lagila masalah besar sukar untuk memohon kemaafan. 
Sukar untuk memaafkan orang pun SATU PENYAKIT kat mukabumi ni.
Ada juga orang macam ni kat muka bumi ni. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Begitu juga Allah Yang Maha Pengampun. 
Ni manusia biasa. Si kerdil atas muka bumi ini. Agak SOMBONG untuk memaafkan seseorang. 
Tak hina pun memaafkan seseorang dan tak hilang pun MARTABAT atau TARAF korang jika MEMAAFKAN seseorang. (kan aku da ulang ayat MARTABAT tu...)
Setau aku la...lagi MULIA kot memaafkan orang neyh. Tapi pada zaman sekarang ni...ntah la aku pun tak faham, masih lagi ada manusia yang tidak punya sikap pemaaf. 

Korang tak nak jadi orang yang mulia di sisi Allah ke?

Tapi...kalau diantara korang tak mo memaafkan antara satu sama lain. Itu hak korang dan urusan korang dengan Allah. 
Apa yang pasti kita harusla KIKIS sikap EGOISM untuk menjadi seorang yang mudah memohon maaf dan memaafi. 
Tak semestinya nak tunggu raya nak minta maaf...korang diharuskan memohon maaf pada bila-bila masa. 
Kalau boleh tu, bila terasa ada buat salah tu...terusla mintak maaf jangan lewat-lewatkan. 
Okeyh!

Oleh yang demikian, 
aku Chepah Ila Hussein ingin memohon maaf jika sepanjang aku berblogging ni ada mengguriskan hati korang, aku memohon seribu kemaafan. 
Dan aku juga memaafkan korang juga jika korang ada mengutuk aku nyer blog...hehehehe.

P/S : Renung-renungkan dan Selamat Beramal! InsyaAllah~